PunchNigerian scholar wins research trophy at Manchester UniversityThe Jerusalem PostBritish lord claims Jewish attitudes towards Israel 'undoubtedly' cause of antisemitism - reportCNN TürkPilot Lisans Yönetmeliği'nde değişiklik한겨레정성호 “최민희 징계 안할 순 없지만, 정치력 발휘해야ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFSCMP ChinaApec brings world leaders and probably 2 ‘nuclear briefcases’ to Shenzhen매일경제“어제부터 휴대폰 끄고 잠적”…‘리트 만점’ 이진우, 공개검증자리 불참The Sydney Morning HeraldGTA 6 LIVE updates: Consequences for violence, removal of sex workers and stunning gameplay revealed as thirteen-year wait for iconic game ends; reviews say it’s the greatest game ever madeSportstarIndia vs New Zealand, 1st Test Day 1 LIVE score: Play resumes after Lunch; NZ 64/4 (24)ABC NewsCMA Awards 2026: Taylor Swift, Ella Langley, Jessica Chastain and more hit the carpetCBS NewsIran ramps up attacks on Gulf countries after U.S. strikesEl ComercioLima 2027: El pedido urgente del entrenador de la Selección Peruana de Taekwondo Poomsae
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, November 19, 2026

Pakar gesa perketat keselamatan siber sektor kritikal

Translate

Anwar Ibrahim mendedahkan Malaysia berdepan ribuan percubaan serangan siber setiap bulan. (Gambar Unsplash)
PETALING JAYA:

Organisasi perlu memperketat kawalan keselamatan siber dan memastikan sistem serta operasi dapat dipulihkan segera sekiranya berlaku serangan, terutama membabitkan sektor kritikal seperti tenaga, air dan pengangkutan, kata pakar.

Ainuddin Wahid Abdul Wahab

Ainuddin Wahid Abdul Wahab.

Gesaan itu susulan pendedahan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 14 Nov lalu bahawa Malaysia berdepan ribuan percubaan serangan siber setiap bulan.

Ainuddin Wahid Abdul Wahab dari Universiti Malaya (UM) berkata tiada sistem yang kebal sepenuhnya daripada serangan siber, justeru organisasi bukan sahaja perlu menumpukan usaha pencegahan, malah bersedia memulihkan operasi jika berlaku pencerobohan.

Menurutnya, ancaman terhadap sektor kritikal perlu diberi perhatian kerana sebarang gangguan operasi boleh menjejaskan ekonomi dan kehidupan rakyat.

Ujarnya sebahagian sistem kawalan industri atau teknologi operasi (OT) dalam sektor berkenaan pada asalnya dibangunkan secara terasing sebelum disambungkan kepada internet, sekali gus meningkatkan risiko keselamatan.

Sebaliknya, sektor perbankan dan telekomunikasi mempunyai tahap keselamatan lebih matang berikutan kawal selia ketat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Ainuddin turut mengingatkan peningkatan aktiviti ancaman siber yang dikesan tidak semestinya bermaksud sistem negara berjaya diceroboh.

“Paparan itu seperti radar trafik, banyak pergerakan dikesan, tetapi tidak semuanya bermaksud serangan berjaya menembusi sistem Malaysia,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas paparan Live Threat Map oleh FortiGuard Labs pada 5 Nov lalu yang mengesan aktiviti ancaman siber melibatkan Malaysia dan beberapa negara lain, sehingga mencetuskan dakwaan negara menjadi sasaran serangan dari luar.

Ainuddin berkata kedudukan Malaysia sebagai hab infrastruktur digital dan pusat data turut berpotensi menarik perhatian penjenayah siber.

M Selvakumar

M Selvakumar.

Sementara itu, M Selvakumar dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata pendigitalan yang semakin meluas meningkatkan risiko serangan apabila lebih banyak transaksi dan operasi bergantung kepada sistem dalam talian.

“Memandangkan pendigitalan Malaysia amat tinggi dan semua transaksi serta operasi kini banyak dijalankan secara dalam talian, serangan terhadap sistem ini boleh melumpuhkan keupayaan negara dan seterusnya ekonomi,” katanya.

Beliau berkata, ketegangan geopolitik semasa turut menjadikan Malaysia semakin mendapat perhatian kumpulan penggodam tertentu.

Selvakumar mengingatkan organisasi supaya tidak mengabaikan langkah keselamatan asas, termasuk menukar kata laluan lalai pada peranti yang mudah diteka penjenayah siber.

Ainuddin pula menyarankan organisasi mengemas kini sistem, menyediakan salinan sandaran data, memantau aktiviti mencurigakan dan menguji pelan tindak balas terhadap serangan.

Bagi pengguna individu, beliau menasihatkan penggunaan kata laluan unik, pengaktifan pengesahan berbilang faktor serta mematikan fungsi muat turun automatik di WhatsApp dan Telegram.

Pengguna juga perlu mengelak daripada membuka fail atau pautan mencurigakan serta segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 jika menjadi mangsa penipuan.

“Prinsipnya mudah, semak dahulu sebelum percaya dan klik,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.