InquirerWATCH: Sara Duterte impeachment trial | Oct. 8, 2026CNN TürkHava Durumu (08-10-2026)The Jerusalem PostUS begins direct talks with Myanmar in reversal of isolation attempts following military coupESPNNo. 9 hitter Pages delivers in clutch, sends Dodgers to 3rd straight NLCSDaily MaverickRECLAIMING THE COMMONS: Fixing Joburg starts with turning it into a municipality once moreBollywood HungamaShraddha Kapoor, Shakti Kapoor lease Mumbai apartment for Rs 2.5 lakhs monthly rent: ReportRTP DesportoMundial de Hóquei Feminino. Portugal vence Brasil com goleada expressivaESPN DeportesBrewers vence a Padres y va a su 2° Serie de Campeonato al hilo한겨레JTBC 노조 “부도 당일까지도 돈 기다려…중앙홀딩스, 오후에야 늑장통보”ХабрКинематографическая простота Геннадия ШпаликоваMalay MailWhen it is one straw too many for trucking — Chandra Mohan SinnandavarVilaWebS’ha mort Xosé Manuel Beiras a 90 anys, referent del nacionalisme gallec
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, October 8, 2026

WHO minta maklumat Rusia berkait kematian pneumonia

Translate

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meminta maklumat daripada Rusia mengenai kemungkinan kematian akibat radang paru-paru (pneumonia) di bandar Irkutsk di Siberia, lapor agensi berita Jerman dpa.

Pakar WHO Abdirahman Mahamud berkata di Geneva, permintaan itu didorong laporan media yang telah disahkan dan dianggap boleh dipercayai. Belum ada maklum balas diterima, katanya.

Pihak berkuasa Rusia juga telah diminta memberikan maklumat lanjut berhubung kes pertama iaitu kematian seorang saintis wanita yang bekerja di Institut Kawalan Penyakit Wabak di Irkutsk.

Wanita berusia 28 tahun itu meninggal dunia Jumaat lalu. Punca rasmi kematian disenaraikan sebagai radang paru-paru yang tidak diketahui puncanya.

Ketua WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata organisasi itu tidak mempunyai gambaran lengkap tentang situasi itu dan tidak boleh menjalankan penilaian risiko penuh.

Menurut WHO, Rusia melaporkan bahawa saintis wanita muda itu tidak mati akibat wabak pneumonik, tetapi akibat radang paru-paru yang tidak diketahui puncanya.

Tiada kemalangan berlaku di institut itu.

WHO telah meminta perincian mengenai kematian itu termasuk ujian yang dijalankan ke atas wanita itu dan kira-kira 200 orang lain, bahan apa yang telah digunakannya, langkah keselamatan dan maklumat vaksin.

Badan kesihatan dunia itu telah dimaklumkan mengenai hampir 4,000 kes wabak dari 10 negara antara 2019 dan 2025, termasuk 423 kematian.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.