PunchNigerian scholar wins research trophy at Manchester UniversityThe Jerusalem PostBritish lord claims Jewish attitudes towards Israel 'undoubtedly' cause of antisemitism - reportCNN TürkPilot Lisans Yönetmeliği'nde değişiklik한겨레정성호 “최민희 징계 안할 순 없지만, 정치력 발휘해야ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFSCMP ChinaApec brings world leaders and probably 2 ‘nuclear briefcases’ to Shenzhen매일경제“어제부터 휴대폰 끄고 잠적”…‘리트 만점’ 이진우, 공개검증자리 불참The Sydney Morning HeraldGTA 6 LIVE updates: Consequences for violence, removal of sex workers and stunning gameplay revealed as thirteen-year wait for iconic game ends; reviews say it’s the greatest game ever madeSportstarIndia vs New Zealand, 1st Test Day 1 LIVE score: Play resumes after Lunch; NZ 64/4 (24)ABC NewsCMA Awards 2026: Taylor Swift, Ella Langley, Jessica Chastain and more hit the carpetCBS NewsIran ramps up attacks on Gulf countries after U.S. strikesEl ComercioLima 2027: El pedido urgente del entrenador de la Selección Peruana de Taekwondo Poomsae
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, November 19, 2026

GSSP, GSSK pacu acara tempatan, tarik pelancong teroka Malaysia

Translate

Daripada kejohanan sukan antarabangsa hingga festival makanan warisan, sokongan kerajaan menerusi dua geran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) membantu mewujudkan lebih banyak acara yang memberi pelancong sebab untuk terus meneroka Malaysia.

Geran Sokongan Sektor Pelancongan (GSSP) dan Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) yang diperkenal empat tahun lalu bukan sahaja membantu penganjur menampung sebahagian kos program, malah menggalakkan penganjuran acara sepanjang tahun yang mampu menarik pengunjung tempatan dan antarabangsa.

Antara penerimanya ialah 113 Resources yang menganjurkan Asia Triathlon Cup (ATC) Putrajaya 2026 bersama Malaysia Triathlon pada 7 dan 8 Februari lalu, disertai kira-kira 1,500 peserta selain menarik sekurang-kurangnya 2,000 pengunjung.

Pengurus Besar 113 Resources Muhammad Haiqal Daniel Aiman berkata kehadiran peserta antarabangsa membuka peluang kepada mereka mengenali budaya, makanan dan tempat bersejarah di Malaysia, sekali gus menyokong usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026 dan 2027.

Muhammad Haiqal Daniel Aiman

Muhammad Haiqal Daniel Aiman.

“Kami menerima sokongan kewangan yang membantu melancarkan program berkenaan,” katanya kepada FMT.

GSSP disalurkan Motac melalui Tourism Malaysia kepada syarikat, organisasi swasta, persatuan dan NGO tempatan untuk menyokong penganjuran program berkaitan pelancongan, seni dan budaya.

Inisiatif GSSP membantu penganjuran program yang membawa tarikan global ke Malaysia, manakala GSSK pula membantu penggiat seni budaya memastikan warisan tempatan terus diketengahkan kepada khalayak lebih luas.

Persatuan Kulinari Malaysia Bersatu (MBCA) dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara (JWN), misalnya memanfaatkan sokongan GSSK bagi menganjurkan Festival Citarasa Warisan yang menghimpunkan kira-kira 60 gerai makanan.

Festival Cita Rasa Warisan

Pengunjung mencuba sajian tradisional yang diketengahkan pada Festival Citarasa Warisan.

Pengasas MBCA Arthur Lim berkata festival itu bukan sekadar memperkenalkan kepelbagaian sajian tempatan tetapi menjadi platform untuk memastikan resipi warisan yang semakin sukar ditemui terus dikenali generasi muda.

Arthur Lim

Arthur Lim.

“Kami anjurkan festival ini untuk beritahu semua orang tentang makanan tradisi yang harus dibanggakan,” katanya yang memberitahu GSSK menampung sebahagian kos penganjuran antaranya kos produksi, persembahan, promosi dan hadiah pertandingan.

Pada tahun ini, kerajaan memperuntukkan RM30 juta untuk GSSP dan RM20 juta bagi GSSK. Inisiatif ini menyaksikan pulangan pelaburan (ROI) bagi GSSP mencecah lebih RM1.61 bilion, manakala ROI bagi GSSK pula mencecah lebih RM58.9 juta berdasarkan 135 laporan yang diterima Motac setakat Oktober 2026.

Shaharuddin Abu Sohot

Shaharuddin Abu Sohot.

Ketua Setiausaha Motac Shaharuddin Abu Sohot berkata geran itu diwujudkan untuk membantu penggiat industri merancakkan sektor berkenaan sepanjang tahun, namun ia bersifat sokongan dan bukan pembiayaan penuh.

“Kita hendak galakkan penganjuran program dalam negara… bila ada program, pelancong datang,” katanya yang menyifatkan inisiatif itu mewujudkan situasi menang-menang.

“Motac mahu manfaat penganjuran acara turut dinikmati komuniti setempat termasuk hotel, restoran, pengusaha makanan, vendor dan penggiat produk budaya.”

Setakat tahun ini, GSSK telah meluluskan 387 permohonan dengan peruntukan sebanyak RM20 juta, manakala GSSP pula meluluskan 336 daripada 1,062 permohonan yang diterima.

Lembah Klang kekal menjadi destinasi pilihan utama untuk penganjuran acara pelancongan, seni warisan dan budaya pada tahun 2026. Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor mencatat jumlah kelulusan tertinggi bagi kedua-dua geran, melibatkan 146 penerima GSSK dan 133 acara di bawah GSSP.

Mengikut jenis program, bidang warisan menerima kelulusan terbanyak menerusi GSSK dengan 192 penerima, manakala bagi GSSP, kategori sukan, rekreasi dan gaya hidup menerima 112 acara.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.