InquirerDOLE reminds NCR employers of pay rules for Nov. 16-18 holidaysPunchMorning recap: Workers threaten October strike, Igbo traders urged to move beyond Chinese competition, Obi praised for supporting El-Rufai, other top storiesCNN Türkİsmail Kartal'dan yeni düzen: Fenerbahçe'de beklenen isim Marco AsensioESPNTransfer rumors, news: USMNT defender Richards to move to Inter?Bollywood HungamaVashu Bhagnani hospitalised in London amid Income Tax searches at 12 locations linked to him, Rakul Preet Singh, and Panorama Studios: Report한겨레“수업시간이 수면시간보다 길다” 프랑스서 대규모 고교생 시위SoompiLee Sun Bin, Yoo Jae Myung, And More Take On The Challenge Of Setting CSAT Questions In “Ugly Duckling Ms. Maeng”Daily MailInside the abandoned Scottish island where time stands still - and its surprising link to Italy dating back to World War TwoThe Sydney Morning HeraldReports of pilot altercation after Israel-bound plane signals emergency, divertsNOS SportDriehoek Alkmaar laat geen Israëlische uitsupporters toe in Europa League-duel bij AZNumeramaLe film d’horreur Kraken est-il le digne héritier de Vermines ?BBC عربيمكتب نتنياهو يستبعد اختطاف طائرة فلاي دبي المتجهة إلى تل أبيب، مع هبوطها في السعودية
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, September 30, 2026

Lelaki cedera ditembak 2 individu di stesen minyak

Translate

Seorang lelaki cedera selepas ditembak dua individu tidak dikenali dalam satu kejadian di sebuah stesen minyak di Bidor Sentral, Bidor di Tapah, Perak, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6.08 petang itu, mangsa berusia 41 tahun menaiki Toyota Land Cruiser dan berhenti untuk mengisi minyak.

Ketua Polis Perak, Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, kenderaan mangsa kemudiannya dihampiri sebuah kereta Honda City berwarna hitam sebelum dua lelaki keluar dan melepaskan beberapa das tembakan sebelum melarikan diri.

“Mangsa yang merupakan penumpang kenderaan tersebut mengalami kecederaan selepas terkena satu das tembakan di bahagian bahu kiri.

“Ketika kejadian, terdapat lima individu di dalam kenderaan mangsa dan semua individu itu tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan, lapor Sinar Harian.

Menurutnya, mangsa kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan keadaannya dilaporkan stabil selepas diberikan rawatan.

Alwi berkata pemeriksaan pasukan forensik di lokasi kejadian menemukan satu peluru 9mm Luger, empat kelongsong peluru 9mm Luger serta serpihan anak peluru.

“Pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan mangsa turut menemukan beberapa serpihan anak peluru dan kesan tembakan pada bahagian kenderaan. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek serta motif kejadian,” katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu tampil membantu siasatan dengan menghubungi pihak polis.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.