PunchUK buys £1bn Nigerian oil as Dangote refinery expandsThe Jerusalem PostArkia employees scramble to find rival investor by Monday to counter $45 million sale dealZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioBBC عربيترامب يدرس تعليق الضربات على إيران، ونتنياهو يتعهّد بـ"محو التهديد الإيراني للأبد"New Straits TimesData centre growth must not compromise sustainability매일경제국산 인삼 씨앗 3600㎏ 중국에 밀수출…농가 피해 입힌 70대RapplerLIVE UPDATES: 49th ASEAN Summit in ManilaDaily MailMarc Anthony, 58, steps out with much younger model wife Nadia Ferreira, 27, after welcoming eighth childRFICOP31: plusieurs milliers de personnes manifestent pour faire converger droits humains et justice climatiqueSportstarIndia vs New Zealand LIVE score: IND 0-0 NZ; Ryan Williams, Chris Wood start; Latest updates from 2nd international friendlyANSA Sport++ Wta Finals: Errani e Paolini volano in finale, battute Guo e Mladenovic ++ESPN DeportesMora y Quiñones maquillan derrota de México ante Jamaica
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 15, 2026

Bersama perlu fikir semula pendekatan terhadap politik identiti, kata penganalisis

Translate

Bersama perlu memikirkan semula pendekatannya terhadap politik identiti jika mahu mengelak daripada menjadi tidak relevan dalam arena politik, kata seorang penganalisis susulan kekalahan besar kedua parti itu dalam pilihan raya tahun ini pada PRN Melaka semalam.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid

Ahmad Fauzi Abdul Hamid.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia berkata, ideologi politik Bersama tidak seiring dengan politik berteraskan identiti di negara ini, yang telah membentuk tingkah laku pengundi sejak Malaysia mencapai kemerdekaan.

“Identiti komunal masih mendominasi peti undi. Politik identiti merupakan sesuatu yang berterusan dan tidak akan hilang melainkan kita mencapai konsensus nasional baharu yang menuntut aturan perlembagaan baharu.

“Bersama hidup dalam gelembungnya sendiri, yang bebas daripada politik perkauman. Pendekatan itu terlalu idealistik, sekurang-kurangnya buat masa ini,” katanya kepada FMT.

Sebagai contoh, beliau merujuk kepada prestasi Bersama di Gadek, apabila parti itu tewas dengan majoriti lebih 1,000 undi kepada Putra, sebuah parti yang disifatkannya sebagai memperjuangkan fahaman nasionalisme melampau.

Calon BN S Nadarajah, yang memperoleh 6,472 undi, memenangi kerusi itu dengan majoriti 3,514 undi mengatasi calon PH Jegasilan K. Laila Norinda Maon daripada Putra pula memperoleh 1,317 undi, manakala calon Bersama B Laveen, hanya meraih 287 undi.

Fauzi berkata, pendekatan nasionalisme Putra dilihat lebih mendapat sambutan pengundi berbanding platform liberal Bersama.

Beliau turut berkata, Bersama berada dalam kedudukan yang serba sukar kerana sebagai parti serpihan PKR, parti itu tidak mempunyai pengaruh untuk menarik pengundi Pakatan Harapan (PH), meskipun mereka secara umumnya mempunyai kecenderungan liberal.

“Golongan liberal daripada semua kaum tidak sanggup ‘membazirkan’ undi mereka kepada Bersama memandangkan PH sendiri sedang berdepan pelbagai cabaran dalam keadaan sekarang.

“Melainkan terdapat sebab-sebab khusus yang menyokong seseorang calon Bersama, pengundi PH yang rasional tidak akan mengambil risiko mengundi mereka,” katanya.

Fauzi berkata, Bersama perlu memasukkan elemen politik identiti dalam strategi pilihan rayanya jika mahu mencapai sebarang kemajuan bermakna, termasuk dalam perancangannya untuk bertanding sehingga 20 kerusi Parlimen pada PRU akan datang.

“Sistem politik Malaysia tidak dibentuk sebagai sebuah sistem demokrasi liberal seperti yang digambarkan oleh sesetengah golongan idealis politik. Politik identiti ialah asasnya,” katanya.

Bersama masih membina kekuatan

Walaupun gagal memenangi sebarang kerusi di Melaka, beberapa calon Bersama berjaya memperoleh undi yang mencukupi untuk mengekalkan wang deposit mereka. Di Bemban, calonnya Dr Solehin Saleh memperoleh 4,140 undi, menduduki tempat kedua di belakang penyandang daripada Perikatan Nasional (PN) Dr Yadzil Yaakub, yang memenangi kerusi itu dengan 11,881 undi.

Solehin memperoleh 22.5% undi, jauh melepasi ambang 12.5% yang diperlukan untuk mengekalkan wang deposit.

Prestasi itu menunjukkan peningkatan berbanding pencapaian Bersama dalam PRN Johor, apabila kesemua 15 calonnya kehilangan wang deposit.

Sebelum PRN Melaka semalam, Wong Chen, antara pemimpin utama Bersama, berkata parti itu menyasarkan peningkatan peratusan undinya kepada 12% di Melaka, berbanding 6% di Johor.

Asrul Hadi Abdullah Sani

Asrul Sani.

Asrul Sani daripada firma perunding politik The Asia Group bersetuju bahawa kemajuan parti itu wajar diukur berdasarkan peratusan undi yang diperoleh, bukannya jumlah kerusi yang dimenangi.

“Bersama masih membina jentera partinya, justeru prestasinya perlu dinilai berdasarkan peratusan undi yang diperoleh di semua kerusi yang ditandinginya serta sama ada parti itu berjaya membina asas sokongan pengundi.

“Tidak memenangi sebarang kerusi pada peringkat ini tidak semestinya satu kemunduran,” katanya kepada FMT.

Bagaimanapun, Asrul mempersoalkan berapa lama Bersama boleh terus menggunakan peratusan undi sebagai ukuran kemajuan tanpa menterjemahkan sokongan itu kepada kemenangan pilihan raya.

“Peratusan undi yang tinggi akan memberikannya asas untuk terus berkembang, tetapi akhirnya parti itu perlu mempunyai laluan yang meyakinkan untuk memenangi kerusi,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.