ESPN DeportesNFL: Jahmyr Gibbs se convirtió en la figura de la Semana 3InquirerPiston prefers tax-free oil products to P1 fare hikeESPNNo. 8 Liberty keep foot on gas to eliminate top-seeded LynxDaily MaverickMexico’s National Guard debuts tiny Chihuahua recruitThe Jerusalem PostCanadian Jews considering immigration to US under Trump amid increasing fear of antisemitismUOLVínculos com Lula, Flávio Bolsonaro e Cláudio Castro marcam debate entre candidatos no RJХабрGreenplum как расширение PostgreSQL 19SCMP ChinaSlow is beautiful: China launches war against AI drama, goes beyond algorithmsBusiness AMBusiness AM Sudoku’s 30-09-2026La Tercera“El Estado se habría quedado con un solo proveedor”: FNE explica por qué no pidió excluir de contratos públicos a empresas acusadas de colusión por vales de alimentaciónColliderThe 10 Best Stephen King Audiobooks, RankedLenta.ruВ России указали на препятствия Евросоюза на пути к мирным переговорам
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, September 30, 2026

California iktiraf Aidilfitri, Aidiladha jadi cuti umum rasmi

Translate

Negeri California di Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Aidilfitri dan Aidiladha secara rasmi sebagai cuti umum di bawah undang-undang baharu yang ditandatangani oleh Gabenor Gavin Newsom, lapor Anadolu Ajansi.

Rang Undang-Undang Perhimpunan 2017 yang diluluskan menjadi undang-undang pada Ahad dan memasukkan kedua-dua perayaan utama umat Islam itu ke dalam kalendar cuti umum rasmi wilayah berkenaan.

Aidilfitri menandakan berakhirnya Ramadan, iaitu bulan berpuasa bagi umat Islam, manakala Aidiladha disambut semasa musim kemuncak ibadah haji tahunan.

Menerusi undang-undang itu, sekolah awam dan kolej komuniti diberi kebenaran untuk bercuti pada kedua-dua perayaan berkenaan menerusi tatacara tempatan sedia ada, manakala kakitangan awam yang layak juga boleh menerima kemudahan cuti.

“Pengiktirafan Aidilfitri dan Aidiladha sebagai cuti umum wilayah adalah penetapan kalendar sivil yang memperakui kepentingan kebudayaan perayaan berkenaan kepada komuniti di California,” menurut undang-undang itu.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.