ESPN DeportesJalen Duren, pívot de los Pistons, estará de baja al menos dos semanas por una distensión en los isquiotibialesESPNFollow live: Chiefs get on the board; Seahawks hold controlPunchPolice arrest school driver for kidnapping, raping Delta studentThe Jerusalem PostFor many Israeli voters, concerns over Israel's public image take a back seat in election한겨레한국 재즈 100년의 항해…31일 한강서 ‘물빛 재즈 크루즈’Daily MaverickLula, Brazil’s iconic working class president, wins historic fourth term in dramatic comebackZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioSBS 뉴스[자막뉴스] 10년 넘어 부활 '특별감찰관'…"눈 부릅뜨고 감찰하겠다"Capital FMPresident Ruto Dismisses Election Results Livestreaming Ban Claims as PropagandaCNN TürkOtomobil, yol yapımı için kazılan çukura düştü; 1 ölü, 5 yaralıNew Straits TimesPenang landslide: Resident returns to feed her dogSRF NewsStichwahl ums Präsidentenamt – Amtsinhaber Lula da Silva in Brasilien wiedergewählt
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, October 26, 2026

Pengguna TikTok ‘demo’ Waze cetus risiko keselamatan

Translate

Seorang pengguna TikTok menunjukkan ‘ancaman keselamatan’ daripada penggunaan Waze di mana aplikasi itu berkemampuan memeta pergerakan individu bertugas di lokasi strategik negara.

Pengguna, Abang Blur, dalam akaunnya menunjukkan bagaimana aplikasi tersebut memeta masa nyata pergerakan pengguna mengambil contoh di Istana Kehakiman, Putrajaya.

“Kalau ada sebarang ‘operasi’, benda ini semua akan dilihat, dibuat analisa atau jalan tersembunyi.

“Kalau kau berfikir jauh sikit, maklumat-maklumat ini sangat berguna untuk kau buat risikan-risikan dan serangan,” katanya dalam kandungan videonya.

Katanya, meskipun pengguna tidak log masuk aplikasi Waze, ia mampu sejajarkan log masuk pengguna menerusi aplikasi lain.

“Aku menyokong penuh saranan kerajaan penjawat awam jangan pakai Waze.”

Katanya, potensi risiko bukan bermaksud aktiviti pengintipan sudah terbukti berlaku.

“Isu sebenar bukan sekadar Waze, ia tentang siapa mengumpul data kita, di mana data disimpan, dan bagaimana ia digunakan,” katanya.

Pada 23 Okt, Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak menolak bahawa kerajaan mungkin mengharamkan penggunaan Waze sepenuhnya jika aplikasi alternatif mempunyai keupayaan memadai.

Anwar berkata, keputusan berhubung penggunaan Waze dibuat berdasarkan pertimbangan keselamatan negara memandangkan Waze berpangkalan di Israel dan perjanjiannya tertakluk kepada undang-undang negara itu.

Pada 21 Okt, kerajaan melarang penjawat awam menggunakan Waze ketika menjalankan urusan rasmi susulan keputusan Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara yang dipengerusikan Anwar.

Larangan itu mencetuskan perdebatan mengenai keselamatan data pengguna serta kesesuaian aplikasi alternatif yang boleh digunakan bagi tujuan navigasi.

Pada 22 Okt, Waze menerusi e-mel kepada FMT menepis dakwaan mengumpul maklumat sensitif kerajaan atau membenarkan mana-mana pihak mengeksploitasi data peribadi pengguna.

Jurucakap syarikat itu berkata, dakwaan berkenaan ‘tidak benar sama sekali’. Katanya, Waze beroperasi di bawah dasar privasi ketat bagi melindungi data pengguna dan mematuhi piawaian perlindungan data undang-undang global.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.