וואלהעיראק סגרה מעבר גבול בינה לבין איראן בעקבות מתקפות הרחפנים על ערב הסעודיתThe Jerusalem PostCIA reveals Clinton administration was warned in 1998 of potential bin Laden plane attackESPN DeportesMets intenta 'despertar', pero Yankees vuelve a anotarPunchCP summons officer after Lagos man alleges assault, extortionCNN TürkHakkari'de ihale soruşturmasında 7 şüpheli tutuklandıCollider‘The White Lotus’ Star’s New Crime Thriller Officially Sets 2026 Release DateSouth China Morning PostPhilippines bets big on rail, but can it fix a broken transport network?SCMP ChinaInternal splits threaten to slow Brics’ progress as bloc looks back on 20 years of growthRapplerRecord fairs and borrowed nostalgia경향신문[주말의 취향]벚꽃처럼 피는 비눗방울, 조개무늬 그리는 기계…기술과 우연이 완성한 ‘자연 이후의 자연’النهار"وول ستريت جورنال": جهات صينية زوّدت إيران بصور أقمار اصطناعية قبل هجوم على الأردنVanguardAtiku won’t quit 2027 race, ADC chieftain tackles Kwankwaso
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, September 12, 2026

Teruk kita kalau teruskan kerajaan ini, kata veteran Umno

Translate

Seorang veteran Umno menggesa presiden parti, Zahid Hamidi, supaya mendesak agar PRU diadakan lebih awal, mendakwa Umno akan ‘teruk’ jika bersama kerajaan semasa sehingga tamat tempoh penggal.

Bercakap bagi pihak veteran Umno pada perhimpunan agung tahunan parti itu, Adam Abdul Hamid berkata Umno perlu mendesak perdana menteri supaya mengadakan PRU pada masa terdekat.

“Kalau kita teruskan kerajaan ini hingga akhir penggal, teruk kita daripada Umno ini. Oleh yang demikian, gunakan segala tekanan untuk memastikan kita ada pilihan raya pada masa yang terdekat,” katanya.

Tempoh Parlimen akan tamat pada Disember tahun depan, dan pilihan raya mesti diadakan selewat-lewatnya pada pertengahan Februari 2028.

Umno perlu pimpin penjajaran kekuatan politik Melayu-Islam

Menyentuh tentang hubungan Umno dengan Perikatan Nasional dan PAS, Adam menggesa parti mengambil pendekatan ‘runding baik-baik’, dan jangan hanya tengok daripada sudut kuasa.

“Kalau kita fikir soal kuasa sahaja, akhirnya kita akan bergaduh. Sebab kalau kita nak jadi perdana menteri, dia nak jadi perdana menteri. Kita nak kekal kerusi, dia akan nak kekal kerusi dan perpaduan tidak bolehlah bertahan,” katanya.

Adam menyeru parti-parti terlibat melihat aspek yang membolehkan kerjasama, misalnya masalah ekonomi orang Melayu.

Dalam perkembangan berasingan, satu resolusi yang dibentangkan oleh veteran Umno menggesa parti itu memimpin usaha menjajarkan semula kekuatan politik Melayu dan Islam berlandaskan Perlembagaan, kepentingan rakyat dan kestabilan negara.

Resolusi itu menyatakan perpecahan berpanjangan akan melemahkan kuasa tawar-menawar orang Melayu dan membuka ruang kepada ‘pihak lain’ menentukan agenda politik negara.

“Penjajaran ini bukan politik kebencian terhadap kaum lain tetapi strategi menyatukan kekuatan tanpa mengorbankan keadilan dan juga kemakmuran masyarakat majmuk,” kata Adam.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.