InquirerZamboanga del Sur launches tourism website, tourist policeCNN TürkAnTuTu'da rekor kırdıESPNJJ Gabriel and the 'nightmare' battle for Premier League academy talentThe Jerusalem PostIran is renewing progress on its nuclear program, Netanyahu tells UAE President MBZ - reportBollywood HungamaEXCLUSIVE: CBFC orders 45-50 cuts for Dhurandhar The Revenge’s TV Premiere; U/A 16+ version is 10 minutes shorterDaily MaverickPOLITICALLY AWEH: Inside the Gathering 2026 — South Africa’s cities crisis collides with chaotic election preparationPunchKebbi warns civil servants against lateness, absenteeismUOLAdvogado morre após quadra de tênis desabar durante temporal no ParanáThe RegisterUK rail cops' £320K face-scanning spree nets zero matchesThe Straits TimesCommunity initiative in Yishun encourages artists, public to showcase creative works at 8 bus stopsالنهاروفاة زوجة المنتج صادق الصباح.. تفاصيل الدفن والعزاء3DNewsAnthropic признала опасную зависимость от Amazon и Google — они одновременно являются её покупателями, продавцами и конкурентами
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, September 30, 2026

Lelaki didakwa bunuh rakan penghuni pusat jagaan

Translate

Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang penghuni pusat jagaan di Tanjung Rambutan, dekat sini, 3 Sept lepas.

Bagaimanapun, mahkamah tidak merekodkan sebarang pengakuan daripada Soo Kim Keong, 51, yang juga penghuni pusat jagaan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norizan Riduan, memandangkan kes membunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Kim Keong didakwa membunuh Chong Mun Long, 28, di Pusat Jagaan Grace Home Care Centre, Jalan Chemor, Tanjung Rambutan antara 3 pagi hingga 4 pagi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan, jika tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah juga dihukum sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Majistret kemudian memerintahkan tertuduh dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK), Tanjung Rambutan bagi tujuan pemeriksaan psikiatri, dan menetapkan 30 Okt depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan laporan psikiatri tertuduh.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kirthana Subramanian, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 3 Sept lepas, mangsa dilaporkan ditemukan tidak sedarkan diri di pusat jagaan berkenaan dipercayai selepas berlaku perselisihan faham dengan penghuni lain.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia pada 17 Sept di Hospital Raja Permaisuri Bainun akibat jangkitan paru-paru serta kecederaan objek tumpul pada kepala.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.