Bollywood HungamaTiger Shroff team shares video of his injuries after Juhu firing incident; actor reportedly sustained cuts and bruisesPunchMy wife eager to know Ballon d’Or result, says KaneCNN TürkMevduat faizi düşecek, kredi faizi ne olacak?ESPNTransfer rumors, news: Como's Paz destroyed Man United, now they want to sign himDaily MaverickBOOK EXTRACT: Rethinking Activism in Africa — activists as antibodies against a rotten social orderAntara News140th Canton Fair Amplifies Visibility for Hundreds of Product Debuts, Connecting Innovation with Global DemandZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDF20 MinutenVermisst: Wer hat Cornelia Schweizer gesehen?سكاي نيوز عربيةمواعيد نومك قد تكشف أسرارا عن صحتك النفسيةSRF NewsBundesrats-Kandidatur – Graber will – Matter kandidiert nicht – SVP Zug nominiert AeschiIl Fatto Quotidiano“Mi sentivo bella, sexy, camminavo a tre metri da terra prima dello tsunami dei commenti sui social. Ora non più”: Noemi Bocchi racconta3DNewsСначала думает, потом рисует: Canva представила двухэтапную ИИ-модель для генерации изображений
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, October 23, 2026

Rafizi mahu saman Ramanan berhubung dakwaan rasuah

Translate

Pemimpin Bersama Rafizi Ramli mahu menyaman R Ramanan berhubung dakwaan yang dilemparkan oleh naib presiden PKR itu terhadapnya dalam satu sidang media baru-baru ini.

Rafizi mendakwa, Ramanan yang juga menteri sumber manusia membuat pelbagai tuduhan terhadapnya, termasuk mengaitkannya dengan amalan rasuah.

“Saya telah berbincang dengan pasukan peguam saya dan mereka berpendapat ada asas kukuh untuk memulakan tindakan saman terhadap Ramanan, kerana kenyataan-kenyataan dalam sidang media itu telah melanggar garis-garis yang ditetapkan oleh undang-undang fitnah di negara ini.

“Oleh itu, saya telah mengarahkan peguam-peguam saya untuk memulakan proses saman terhadap Ramanan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Rafizi berkata, rakaman video serta transkrip sidang media itu telah diserahkan kepada peguamnya, sambil menegaskan tindakan undang-undang wajar diambil kerana Ramanan terus mengelak daripada menjawab beberapa dakwaan berkaitan rasuah.

“Jika Ramanan enggan mengambil tindakan saman terhadap saya, akibat dari sidang media beliau semalam, ia membuka jalan untuk saya mengheret beliau ke mahkamah susulan tohmahan-tohmahan yang dibuat terhadap saya,” katanya.

Sebelum ini, Ramanan memberitahu pemberita pada majlis bersama warga kementeriannya bahawa beliau tidak akan menyaman Rafizi berhubung dakwaan bekas Ahli Parlimen Pandan itu dalam sebuah audio siar, kononnya seorang wakil rakyat PKR menerima RM9.5 juta untuk bertindak sebagai orang tengah dalam pertikaian membabitkan kumpulan mafia korporat.

Ramanan berkata, Rafizi sepatutnya membuat laporan kepada pihak berkuasa jika mempunyai bukti sahih. Tambahnya, saman hanya akan membebankan orang ramai jika Rafizi mengutip derma bagi menampung kos guamannya.

Pada majlis sama, Ramanan dilaporkan melabel Rafizi sebagai ‘penipu bersiri’ serta menyifatkan tumpuan bekas menteri itu terhadap isu lain sekadar taktik asas mengalih perhatian politik.

Beliau turut merujuk dakwaan pihak lain bahawa Rafizi pernah menerima rasuah RM500,000 berkaitan Datasonic, di samping siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perjanjian kerajaan dengan Arm Holdings.

Pertikaian itu tercetus selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim menepis dakwaan Rafizi di Dewan Rakyat, setelah beberapa Ahli Parlimen membangkitkannya.

Walaupun Anwar selaku presiden PKR tidak menamakan Ahli Parlimen berkenaan, Ramanan sebelum ini menafikan tuduhan bahawa beliau wakil rakyat PKR yang dimaksudkan itu.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.