ESPNKnicks waive Brown, keep Wiseman ahead of season openerThe Jerusalem PostThe forgotten German who saved Jews in Japan - and the diary that resurfaced 80 years laterESPN DeportesAmérica aumenta la ventaja sobre LeónZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioSouth China Morning PostDino-mite treasures: inside Singapore’s ‘Fort Knox’ storing playthings of ultra-rich경향신문“이게 된다고?” 두유팩에 고구마 심었더니…200일 뒤 ‘무한증식’ 루트 완성The Hollywood ReporterAcademy Museum Gala: Anna Kendrick, Adrien Brody, Brittany Snow, More Stars Walk the Carpet中国新闻网BFX战胜WE,获2026德玛西亚杯冠军الشرقتقرير: ترمب يواجه "فوضى" البيت الأبيض مع اقتراب انتخابات التجديد النصفي自由時報李四川拋老公寓加裝電梯、到宅安檢 敬老卡300點擴大使用InfobaeEN VIVO | Clima CDMX y resto de México hoy sábado 17 de octubre: Protección Civil realiza acciones de perifoneo en ColimaLenta.ruВ Ленобласти обломки беспилотников упали на многоквартирный дом
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, October 18, 2026

Nik Nazmi kena tangkap khalwat bukan kerja PKR, kata Amirudin

Translate

Naib Presiden PKR, Amirudin Shari menafikan parti itu mempunyai kaitan dengan kes penahanan pemimpin Bersama Nik Nazmi Nik Ahmad oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana berdua-duaan di tempat tertutup dengan seorang wanita bukan mahram.

Amirudin berkata PKR mempunyai banyak urusan lain untuk diberikan perhatian berbanding nak memerangkap Nik Nazmi dengan kes khalwat, lapor Sinar Harian.

“Tidak pernah dibincang atau diaturkan secara rahsia mahupun secara terbuka untuk memerangkap lawan politik. Itu bukan kerja kitalah,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Terdahulu hari ini, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menafikan dakwaan bahawa penahanan bekas Ahli Parlimen Setiawangsa itu oleh Jais pada Khamis lepas ialah satu tindakan penganiayaan atau perangkap.

Pengerusi Salehuddin Saidin menegaskan agensi penguatkuasaan bertindak sepenuhnya berlandaskan aduan rasmi yang diterima, serta mengikut undang-undang yang ditetapkan tanpa memanipulasi keadaan demi mengenakan mana-mana pihak.

Pagi ini, Nik Nazmi mengesahkan beliau ialah seorang daripada dua individu yang ditahan Jais atas dakwaan berkhalwat di Petaling Jaya, Khamis lepas dan bersedia memberikan kerjasama untuk sebarang proses perundangan.

Nik Nazmi mengakui hanya dirinya dan seorang wanita berada di lokasi ketika pegawai Jais tiba, namun menegaskan mereka tidak melakukan tindakan sumbang yang menimbulkan syak wasangka.

Bekas menteri sumber asli dan kelestarian Alam berkata, pertemuan itu bertujuan membincangkan projek bersama rakan-rakannya.

Susulan itu, Bersama merehatkan Nik Nazmi daripada sebarang aktiviti parti selama tiga bulan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.