The Jerusalem PostIsrael Police reject Likud claims that Arab parties 'stole' 2026 election, citing lack of evidencePunchTech leaders urge resilience as funding tightensESPNHow teams cheat, the Rodman Rule, USWNT World Cup odds and moreDaily MaverickWHAT’S COOKING: Rich, fruity Christmas cakeCNN Türk29 EKİM HAVA DURUMU İSTANBUL, İZMİR, ANKARA | Bugün Hava Nasıl Olacak? Hangi İllerde Kuvvetli Sağanak Bekleniyor?InquirerAmihan, sheer line to bring rain to parts of Luzon ThursdayESPN DeportesAmérica extiende racha sin ganar en el BanorteUOLNo Dia Nacional do Livro, lembre dez obras brasileiras indicadas pela FolhaZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFCapital FMGachagua threatens nationwide IEBC protests over voter registerESPN CricinfoDelhi break record for highest total in domestic women's T20sEgypt IndependentRussia and US discussing sanctions relief for Moscow’s sovereign wealth fund, Kremlin aide says
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, October 29, 2026

1,588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara berkait dadah

Translate

Hampir separuh daripada 3,322 rakyat Malaysia ditahan di luar negara setakat bulan lalu atas kesalahan berkaitan dadah.

Timbalan Menteri Luar, Lukanisman Awang Sauni, memberitahu Dewan Rakyat 1,588 rakyat Malaysia ditahan atas kesalahan berkaitan dadah tahun ini, kira-kira 48% daripada jumlah keseluruhan.

Katanya, angka itu meningkat daripada 1,181 orang pada 2024 kepada 1,303 orang tahun lalu dan 1,588 orang tahun ini.

Indonesia mencatatkan jumlah tertinggi rakyat Malaysia ditahan atas kesalahan berkaitan dadah, iaitu 381 orang, diikuti China (380), Singapura (310), Thailand (102) dan Jepun (72).

Menurutnya, rakyat Malaysia ditahan atas kesalahan berkaitan dadah di 40 negara.

Lukanisman menjawab pertanyaan Doris Sophia Brodi (GPS-Sri Aman) berhubung rakyat Malaysia yang ditahan atau didakwa di luar negara atas kesalahan dadah sejak lima tahun lalu, serta keberkesanan pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang.

Jelasnya, sindiket dadah menggunakan kaedah semakin canggih untuk menyeludup dadah merentasi sempadan, termasuk menyembunyikannya dalam bagasi dan kasut diubah suai.

Beliau mengakui jumlah rakyat Malaysia ditahan di luar negara menimbulkan kebimbangan mengenai kelemahan dalam aspek keselamatan sempadan.

“Ini menunjukkan terdapat kelemahan di pintu masuk dan keluar negara kita, khasnya lapangan terbang.”

Tetapi, katanya, teknologi pengimbasan di lapangan terbang di bawah tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri dan beliau yakin agensi penguatkuasaan berkaitan akan mengambil langkah untuk meningkatkan tahap keselamatan.

Menurutnya, peranan utama Wisma Putra adalah menyediakan bantuan konsular kepada rakyat Malaysia ditahan di luar negara, termasuk menjaga kebajikan mereka serta memaklumkan keluarga mereka.

Jelasnya, Malaysia sedang berbincang pemindahan banduan dengan negara seperti Thailand dan Indonesia, selain bekerjasama dengan Asean bagi memperkukuh usaha membanteras sindiket dadah rentas sempadan.

Beliau menggesa rakyat Malaysia yang melancong ke luar negara supaya mendaftar melalui sistem e-Konsular Wisma Putra, selain memberi amaran supaya berwaspada terhadap tawaran wang atau pekerjaan yang boleh menyebabkan mereka terjebak sebagai keldai dadah.

Pada 21 Okt lalu, Bukit Aman memaklumkan 72 rakyat Malaysia ditahan di luar negara dalam 48 kes disyaki membabitkan dadah antara Januari hingga 15 Okt lalu.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.