CNN TürkKörfez yine alarmda! İran'dan ABD'ye misilleme: Bahreyn’deki üssü 6 İHA ile hedef aldı…PunchTrade war in focus at ASEAN summit ahead of Trump’s arrivalDaily MaverickThe baboons are doomed, and welfare groups just missed the last chance to save themThe Jerusalem PostMumbai suspect arrested for gathering intelligence on Chabad House for foreign handlersInquirerTaal Volcano records spike in quakes after days of low activity한겨레[사설] 대법원, 한덕수 사건 구속 만기 전 선고해야ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-Nachrichtenstudio경향신문[사설]젠슨 황 없는 AI 생태계, 우리 경제에 미칠 파장 대비해야ХабрLibreOffice получил рекордное количество пожертвований после сбоя MicrosoftHet Laatste Nieuws“Het is genoeg geweest, pak je spullen en kras op!”: Braziliaans voetballegende Romario maakt bondscoach Carlo Ancelotti helemaal afPremium Times2027: SERAP asks INEC to prosecute electoral violence suspectsVanguardAtiku pledges Mambilla completion, end to unnecessary taxes if elected
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 15, 2026

DAP Sarawak tentukan sendiri strategi, calon hadapi PRN, kata Loke

Translate

DAP memberikan autonomi penuh kepada kepimpinan DAP Sarawak untuk menentukan jumlah kerusi, calon serta strategi parti pada PRN Sarawak akan datang.

Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata selepas mengharungi PRN Melaka, fokus parti itu kini beralih kepada persiapan menghadapi pilihan raya di Bumi Kenyalang yang penamaan calonnya dijadualkan pada 28 Nov.

“Segala keputusan berkenaan dengan PRN Sarawak ditentukan oleh DAP Sarawak. Ini memang dari segi autonomi parti kita diberikan kepada DAP Sarawak untuk membuat keputusan dari segi bilangan kerusi, calon dan strategi,” katanya pada sidang media Konvensyen Tahunan Negeri DAP Johor 2026.

Beliau berkata kepimpinan pusat akan terus memberikan sokongan padu bagi memastikan kelancaran gerak kerja jentera parti di Sarawak.

Ditanya mengenai unjuran kerusi serta cabaran pilihan raya di negeri itu, Loke berkata segala perincian mengenainya akan diumumkan oleh kepimpinan DAP Sarawak pada masa yang sesuai.

“Tentu ada pihak bertanya adakah ia pilihan raya yang sukar? Definitely, semua pilihan raya adalah sukar, tiada pilihan raya yang mudah,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Dis sebagai hari pengundian PRN Sarawak, manakala undi awal pada 8 Dis.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.