The Jerusalem PostUS, Israeli business groups unite to strengthen economic ties amid growing anti-Israel backlashESPN DeportesPumas vuelve al triunfo y acaba invicto de Atlante vs grandesPunchTinubu approves lifetime pay for ex-immigration chiefsInquirerLTO suspends license of Makati driver for blocking a pedestrian laneCapital FMEACC, UNODC step up cross-border fight against corruptionCNN TürkDoğu Akdeniz’de NAVTEX krizi! Ankara’dan Atina’ya uyarıZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioSky TG24Crosetto a Bbc: "Grave errore limitare a Kiev l'accesso ai satelliti"Het Laatste NieuwsVRT-baas Delaplace slaat alarm over besparingen: “Er zijn geen makkelijke oplossingen meer”New Straits TimesSAR operation underway for father, son feared lost in Besut forest7sur7Ils ont tué des surfeurs alors qu’ils campaient sur la plage: 158 ans de prison매일경제“20~30년간 못 본 시장 온다”…전셋집 부족에 ‘강제 매수’ 경고
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 17, 2026

Media sosial bukan pentas menghasut, titah Agong

Translate

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menegur sesetengah pihak menggunakan media sosial sebagai tempat menghasut, menimbulkan kebencian, dan memecahbelahkan masyarakat.

Baginda yang juga canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), bertitah setiap kebebasan datang bersama dengan tanggungjawab, justeru rakyat perlu menggunakan media sosial dengan penuh adab serta rasa hormat kepada orang lain.

“Jangan jadikan media sosial sebagai pentas untuk menghina, memaki, mencaci, dan menjatuhkan maruah seseorang.

“Berbeza pandangan bukan alasan untuk bermusuhan. Kita boleh tidak bersetuju, tetapi nyatakan pandangan dengan bahasa yang baik dan beradab.

“Jika hendak mengkritik, sampaikan secara membina. Jika hendak menegur, maka tegurlah dengan penuh berhemah,” titahnya menurut Bernama.

Sultan Ibrahim bertitah demikian ketika menyempurnakan Istiadat Konvokesyen (UiTM) ke-105 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam, Shah Alam.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.