ESPN DeportesAsí vivimos remontada de Rays en J4 de Serie Mundial para seguir con vidaPunchLagos gives residents December 31 deadline to get health insuranceInquirerDizon hands Lopez ‘next’ DPWH corruption casesThe Jerusalem PostAfter years of war, division, Israelis vote in record numbers to shape their future - editorialESPNJalen Hurts' mom's students send well-wishes in QB's road to recoveryDaily MaverickWHAT WE’RE WATCHING: Al Wat Ek Weet — a local film’s heartfelt message about adolescent mental health한겨레김상엽 등 아이스하키 대표팀, 10월 5~8일 전주 아시아선수권 대회 출전ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFUOLFlávio Bolsonaro desembarca nos EUA após fugir do Brasil, diz jornalGIGAZINE人間は相手がただのアルゴリズムであっても不当な扱いに怒りを抱いて復讐したがるとの研究結果The Sydney Morning Herald‘Up until two seconds ago, I had not had contact’: In bizarre presser, council claims mayor had not resignedالشرقانتخابات إسرائيل.. هل تحسم الأحزاب العربية مصير نتنياهو؟
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, October 28, 2026

Mangsa banjir di Kedah meningkat 192

Translate

Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah meningkat kepada 192 orang daripada 71 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 176 orang daripada 66 keluarga semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah memaklumkan semua mangsa dari Kampung Teroi Bukit dan Kampung Titi Teras di Yan ditempatkan di tiga PPS.

Seramai 91 mangsa daripada 32 keluarga ditempatkan di SK Teroi, manakala 36 mangsa daripada 17 keluarga berada di SJKC Pei Eng.

Dewan Lestari Guar Chempedak pula menempatkan 65 mangsa daripada 22 keluarga.

Di Perlis, Dewan Batu 5 di Kangar masih dibuka sebagai pusat transit bagi menempatkan 16 mangsa banjir daripada tujuh keluarga setakat 8 pagi ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Mohd Izaimi Md Daud berkata jumlah mangsa banjir kilat dari Kampung Telok itu kekal seperti petang semalam, dengan kawasan kediaman penduduk masih mengalami banjir ‘termenung’.

Terdahulu, Bernama melaporkan Izaimi berkata dewan itu dibuka pada 1.50 pagi Isnin lepas, namun belum ada PPS yang dibuka secara rasmi.

Beliau berkata APM Perlis akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa dan PPS akan dibuka secara rasmi sekiranya keadaan banjir bertambah buruk.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.