ESPN DeportesLos Nuggets intentan alargar el mal arranque de temporada de los WarriorsPunch2027: CJN warns judges against pressure, conflicting ordersESPNJay-Z to headline Super Bowl LXI halftime showObservador DesportoAs notícias das 3hMyJoyOnlineTOR slashes debt from $650m to $300m, MD revealsCollider'Tracker' Needs a Major Change If It Wants To Remain One of CBS' Biggest ShowsOnetEskalacja na Bliskim Wschodzie. To odwet za rzeź w kościeleThe Guardian AustraliaAustralian politics live: Albanese mulls duress alarms for MPs; former ABC news director’s payout revealedEl Comercio¿Qué día te toca surtir gasolina en Venezuela? Consulta el calendario del 26 de octubre al 1 de noviembre en VenezuelaThe Sydney Morning HeraldLippy, annoying and with star potential: The ‘next Tom Papley’ set to shake up the AFLTimes of India EntertainmentKeerthy Suresh got no offers for six months after ‘Mahanati’ABC NewsWATCH: Record early voting in key states as Trump, Obama appeal to voters on campaign trail
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, October 27, 2026

Pertikaian kerusi PRN Melaka berisiko jejas momentum MCA, kata penganalisis

Translate

Pertikaian agihan kerusi PRN Melaka yang menyaksikan MCA meninggalkan majlis pengumuman calon Barisan Nasional (BN) boleh menjejaskan momentum kebangkitan parti itu jika tidak diselesaikan secara adil, kata seorang penganalisis.

Liew Wui Chern daripada Universiti Tunku Abdul Rahman berkata kesan utama pertikaian itu buat masa ini lebih tertumpu kepada moral dan mobilisasi jentera akar umbi MCA, berbanding sokongan pengundi secara langsung.

Menurutnya, tindakan segera perlu diambil untuk menyelesaikan kemelut itu ketika MCA merekodkan pencapaian baik pada PRN Johor dan Negeri Sembilan, termasuk menumbangkan Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook di DUN Chenaah.

“Prestasi itu memberinya asas politik lebih kuat untuk menuntut kedudukannya dalam BN tidak dinilai berdasarkan jumlah kerusi di Melaka sahaja.

Liew Wui Chern.

“Jika ahli MCA merasakan parti mereka tidak dihormati, semangat untuk membantu kempen BN boleh terjejas,” katanya kepada FMT.

Sabtu lalu, pemimpin MCA diketuai Presidennya Wee Ka Siong bertindak meninggalkan majlis pengumuman calon BN untuk PRN Melaka kerana tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan berkait pengagihan kerusi.

Wee dipetik berkata kerusi yang pernah ditandingi parti itu telah diberikan kepada parti lain tanpa sebarang rundingan, menerusi kerjasama BN terutama Umno dengan PAS.

MCA bertanding di tujuh kerusi pada PRN Melaka 2021, tetapi kali ini hanya diperuntuk Kelebang serta Machap Jaya yang dimenanginya dahulu.

BN tidak mengumumkan calon di tujuh kerusi antaranya Bemban, Ayer Keroh, Bandar Hilir, Kota Laksamana dan Kesidang, kesemuanya ditandingi MCA, lima tahun lalu.

Bagaimanapun, Liew berkata keadaan masih boleh dikawal susulan kenyataan Pengerusi BN Zahid Hamidi bahawa senarai calon belum dimuktamadkan menjelang hari penamaan calon pada 31 Okt.

Menurutnya, langkah paling praktikal bagi MCA adalah menggunakan pertikaian itu untuk mengukuhkan kedudukannya dalam rundingan, bukannya terus meninggalkan BN.

“Namun secara jujurnya, kompromi tidak semestinya bermaksud MCA mendapat kembali kesemua tujuh kerusi yang ditandinginya pada PRN 2021.

Tawfik Yaakub

Tawfik Yaakub.

“MCA perlu menerima kerjasama BN dengan PAS mungkin mengubah formula pembahagian kerusi,” katanya.

Sementara itu, Tawfik Yaakub daripada Universiti Malaya menyifatkan tindakan MCA meninggalkan majlis berkenaan sebagai emosional dan terlalu awal selain kegagalan pemimpinnya menyelesaikan krisis serta berunding.

“Malah di Melaka, walaupun ditakdirkan MCA tidak mendapat tujuh kerusi untuk bertanding seperti PRN15 lalu, MCA boleh bertukar kerusi dan meminta kerusi Parlimen dalam PRU16 akan datang (menerusi rundingan).

“Mereka juga boleh manfaat rundingan dengan mendapat kerusi Adun Lantikan yang telah diluluskan DUN,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.