ESPN DeportesBarça: "Julián Álvarez es el pasado", dice DecoPunchItori plant drives Dangote Cement’s export expansionESPNFollow live: Penix finds Hooper for TD as Falcons extend lead over PackersThe Jerusalem PostPezeshkian says he met with Khamenei face to face, supreme leader healthy, giving direction한겨레‘억대 수익’ 탈세 유튜버 17명, 지난해 239억 추징당했다InquirerFrom Araneta to Baguio: Blessed Fulton Sheen’s ties to PHUOLParticipante do 1º pleito com voto feminino no Brasil, eleitora de 100 anos tende a votar em LulaSözcüAllah’a emanet yaşıyoruzG1Veja o que fizeram os candidatos ao governo do AM nesta quinta-feira (24)ABC News (Australia)Thousands of Queensland child safety workers to walk off the jobSportstarAsian Games 2026 Live Updates, Day 7: India confirms mixed doubles medals in table tennis and squash; Suruchi-Kamaljeet qualify for 10m air pistol mixed team final; badminton scoresLa NaciónTrabajaba con su tractor, detectó algo que brillaba en la tierra y lo que encontró le cambió la vida para siempre
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, September 25, 2026

Sukar bagi Sarawak tuntut pampasan akibat jerebu

Translate

Sarawak berdepan laluan sukar untuk menuntut pampasan akibat jerebu rentas sempadan, dengan pakar undang-undang berkata tindakan melalui mahkamah mahupun rundingan dengan Indonesia masing-masing mempunyai kekangan tersendiri.

Menurut mereka, Sarawak boleh cuba mendapatkan pampasan melalui tindakan undang-undang atau memilih pendekatan yang kurang berkonfrontasi menerusi rundingan.

Namun, kedua-dua pilihan mempunyai cabaran tersendiri.

Hazmi Rusli dari Universiti Sains Islam Malaysia berkata Sarawak tidak mempunyai kedudukan undang-undang atau locus standi untuk memfailkan saman di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) kerana ia bukan sebuah negara berdaulat.

Hazmi Rusli.

“Hanya sebuah negara berdaulat boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap negara berdaulat lain,” kata pensyarah undang-undang antarabangsa itu kepada FMT.

Beliau berkata, sebarang tindakan undang-undang sedemikian perlu dimulakan oleh kerajaan persekutuan yang bermakna Sarawak perlu mendapatkan bantuan Putrajaya sekiranya mahu perkara itu dibawa ke ICJ.

Bagaimanapun, Malaysia juga perlu mempunyai asas undang-undang yang kukuh untuk mengambil tindakan itu, selain Indonesia perlu bersetuju menerima bidang kuasa ICJ.

Terdapat satu lagi halangan dalam usaha mengambil tindakan undang-undang.

Hazmi berkata Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan tidak menyediakan mekanisme undang-undang yang membolehkan negara anggota menyaman antara satu sama lain. Malaysia menjadi antara negara yang menandatangani perjanjian itu.

Sebaliknya, perjanjian berkenaan mengutamakan rundingan dan perundingan antara negara berbanding tindakan undang-undang.

Keadaan itu menyebabkan pilihan untuk mengambil tindakan melalui mahkamah tidak begitu jelas.

Aktivis Sarawak Peter John Jaban baru-baru ini menggesa kerajaan negeri mengambil tindakan undang-undang terhadap Indonesia berhubung masalah jerebu yang berulang, selain menuntut pampasan atas kesannya terhadap kesihatan awam, kerosakan alam sekitar, kerugian ekonomi dan gangguan kepada pendidikan.

Bagaimanapun, ada satu lagi pilihan melalui sistem perundangan, iaitu dengan membawa kes ke mahkamah di Indonesia.

Prischa Listiningrum dari Universitas Brawijaya berkata individu, termasuk rakyat Malaysia yang terjejas akibat jerebu, boleh memfailkan saman di mahkamah Indonesia terhadap pihak yang didakwa bertanggungjawab menyebabkan pencemaran itu.

Beliau berkata undang-undang alam sekitar Indonesia membenarkan individu menuntut pampasan bagi kerugian yang berpunca daripada pencemaran atau kerosakan alam sekitar.

Prischa Listiningrum.

“Pada dasarnya, rakyat Malaysia boleh membuat tuntutan terhadap mana-mana syarikat di Indonesia, walaupun kes jerebu rentas sempadan melibatkan mangsa dari Malaysia belum pernah diuji di mahkamah Indonesia,” katanya kepada FMT.

Namun, tindakan sedemikian juga bukan mudah kerana pihak yang menyaman perlu membuktikan mereka mengalami kerugian dan mengaitkan kerugian itu secara langsung dengan syarikat yang disaman.

“Menyediakan bukti mungkin menjadi cabaran paling besar,” kata pensyarah undang-undang alam sekitar itu.

“Mangsa perlu mengenal pasti syarikat yang bertanggungjawab dan membuktikan kebakaran yang dikaitkan dengan syarikat itu menyebabkan jerebu sehingga membawa kerugian di Malaysia.”

Menurutnya, mahkamah Indonesia akan mempertimbangkan bukti saintifik seperti imej satelit, data titik panas, bacaan kualiti udara dan rekod perubatan.

Beliau berkata mahkamah Indonesia sebelum ini pernah mengendalikan kes berkaitan jerebu dalam negara serta memberikan pampasan dalam kes alam sekitar lain, namun tuntutan yang berjaya oleh mangsa jerebu masih jarang berlaku.

Jika tindakan undang-undang tidak berhasil, rundingan dan perundingan menjadi pilihan yang masih ada.

Profesor undang-undang antarabangsa Indonesia, Arie Afriansyah, berkata Malaysia boleh menuntut pampasan secara terus daripada Indonesia melalui rundingan.

Bagaimanapun, katanya, Malaysia memerlukan bukti kukuh yang mengaitkan jerebu itu dengan Indonesia bagi menguatkan tuntutan pampasan.

Arie berkata Indonesia tidak boleh dianggap bertanggungjawab secara automatik hanya kerana kebakaran dilakukan individu atau syarikat di wilayah republik itu.

Menurutnya, persoalan utama ialah sama ada pihak berkuasa Indonesia sudah mengambil langkah mencukupi untuk mencegah dan mengawal kebakaran serta bertindak terhadap mereka yang bertanggungjawab.

“Tanggungjawab pihak swasta tidak menggugurkan kewajipan kerajaan untuk bertindak,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.