PunchMy wife cared for some actresses she knew I was dating — Yinka QuadriESPN DeportesDodgers: Skubal (J1), Yamamoto (J2) abren SCLNESPNComparing A'ja Wilson's MVP run to all-time greatsInquirerFrom Donki to Nike: Analyst says VP had ‘unusual’ purchases in 2025Bollywood HungamaRanveer Singh brings home a Rs. 1.95 crore electric luxury sedan; all you need to know about his BMW i7ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFCNN TürkCristiano Ronaldo, 1000 gol hedefine 1 adım daha yaklaştıThe Jerusalem PostPremature birth may cause lifelong kidney damage, Israeli researchers findNew Straits TimesFahmi: RM150m Postal Fund to begin operations in first quarter of 2027Il Sole 24 OreAffitti brevi, calo a settembre in tutta Europa ma in Italia crescono ancora3DNewsНесмотря на задержки, Amazon обещает запустить спутниковый интернет-сервис в ближайшее времяLa NaciónCalifornia: el programa de Newsom que paga hasta US$10.000 por 450 horas y admite a ciertos dreamers
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 10, 2026

Syed Saddiq, Bella Astilah sah bergelar suami isteri

Translate

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon Bella Astillah selepas pasangan itu diijabkabulkan dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Aras 118, Menara Merdeka Maybank di sini.

Syed Saddiq, 34, dan Bella, 32, atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, disatukan dengan sekali lafaz pada 10.40 pagi oleh bekas Mufti Wilayah Persekutuan Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Bella menerima mas kahwin RM500 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki, yang dibalas dengan sembilan dulang oleh pihak perempuan.

Antara hantaran diberikan Syed Saddiq ialah simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi i-Simpan bernilai RM100,000 dan pakej umrah.

Detik bersejarah itu disiarkan secara langsung di stesen TV dan media sosial kendalian Astro.

Majlis yang dihadiri kira-kira 250 ahli keluarga, saudara-mara dan rakan rapat kedua-dua mempelai berlangsung dalam suasana sederhana.

Antara tetamu yang hadir ialah isteri Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri, bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob serta bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin.

Menerusi siaran langsung itu, Syed Saddiq meluahkan rasa syukur selepas sah bergelar suami, sambil mengakui beliau gementar ketika berlangsungnya akad nikah.

“Debat tak ada masalah, dekat Parlimen tak ada masalah, tapi tadi gementar juga. Gegar jugalah lutut dengan tangan, tapi alhamdulillah, bila sah tu, semua tamat,” katanya.

Sementara itu, Bella melahirkan rasa syukur kerana majlis pernikahan mereka berjalan lancar, selain berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan dan memberikan sokongan kepada mereka.

“Bella sangat berbesar hati hari ini dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana semuanya telah selesai. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan, yang support Bella dengan YB, yang banyak mendoakan kita orang sehingga hari ini. Kami sangat-sangat hargai, alhamdulillah,” katanya.

Syed Saddiq turut merakamkan penghargaan atas doa dan sokongan orang ramai sepanjang hubungan mereka, yang menurutnya melalui pelbagai rintangan sebelum mereka disatukan sebagai suami isteri.

“Daripada pasangan kerja ke pasangan hidup. Alhamdulillah,” katanya.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lepas, sekali gus mencetuskan perhatian peminat yang mengikuti perkembangan hubungan mereka.

Menjelang pernikahan, pasangan berkenaan turut berkongsi perjalanan menuju hari bahagia menerusi media sosial, termasuk video praperkahwinan yang mendapat perhatian pengguna media sosial serta ucapan dan doa daripada peminat dengan beberapa tanda pagar antaranya #BellaSyedYes dan #BASS.

Pasangan itu dijadual mengadakan majlis resepsi di Kuala Lumpur pada 18 Okt ini, diikuti Kenduri Rakyat di Muar, Johor, pada 25 Okt dan Kota Kinabalu, Sabah, pada 31 Okt.

Bella sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi kelahiran Singapura Aliff Aziz dan dikurniakan dua cahaya mata Mohamad Ayden Adrean, 9, dan Ara Adreanna, 6.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.