ESPNWNBA playoffs: Valkyries-Aces updates, highlightsESPN DeportesAces, ganar o irse a casaZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFUOLEx-presidente José Sarney é internado na UTI após procedimento abdominalColliderThe 10 Most Cringeworthy Movies of All Time, Rankedالشرقصديق المشتبه به الأردني في اختراق بيانات FBI: قلت له "أنت تنتحر"النهارفتوى ستنقذ مرضى الاكتئابNew Straits TimesEngland gain edge over Greece in Women's World Cup play-offsG1Medicina muito além do consultórioRadio-CanadaInondations de 2024 au Brésil : Shell poursuivie en justice pour 108 millions $ USCNN بالعربية"لن أهاجم إيران قبل انتخابات التجديد النصفي".. لماذا أدلى ترامب بهذا التصريح؟سكاي نيوز عربيةنموذج ذكاء اصطناعي يرسل بلاغا كاذبا للشرطة عن جريمة قتل
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 10, 2026

Henti benarkan syarikat swasta pegang wang awam, gesa kumpulan antirasuah

Translate

Badan pemantau antirasuah menggesa Putrajaya supaya menghentikan amalan membenarkan orang tengah swasta memegang wang awam ketika mengurus kutipan kerajaan, susulan pendedahan bahawa Zetrix AI Bhd mempunyai tunggakan sebanyak RM314 juta.

Transparency International Malaysia (TI-M) berkata perjanjian konsesi baharu bagi kutipan fi mesti merangkumi perlindungan kontrak yang ketat bagi mengelakkan tunggakan hasil kerajaan dalam jumlah besar.

Presidennya, Raymon Ram, berkata kutipan hasil pada masa depan perlu dibayar terus ke akaun kerajaan, manakala bayaran kepada penyedia perkhidmatan dibuat secara berasingan oleh agensi berkaitan.

“Prinsip asasnya mudah. Penyedia perkhidmatan swasta boleh membantu mengutip hasil kerajaan, tetapi mereka tidak sepatutnya membiarkan sejumlah besar wang awam terkumpul di tangan mereka atau mempunyai kuasa budi bicara terhadap wang itu,” katanya kepada FMT.

Raymon Ram.

“Kontrak perlu menetapkan pencetus penggantungan lebih awal supaya vendor tidak boleh terus mengumpul hasil kerajaan ketika notis peringatan dikeluarkan berulang kali,” kata Raymon sambil menambah bahawa kontrak konsesi pada masa depan perlu mempunyai mekanisme penguatkuasaan yang ketat.

Anak syarikat MYEG, Zetrix AI Bhd, mengumpul tunggakan sebanyak RM314 juta dalam bentuk fi cukai jalan dan saman trafik yang dikutip bagi pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tetapi belum diserahkan kepada kerajaan sejak Mei.

JPJ menggantung perkhidmatan kutipan syarikat itu pada 5 Okt selepas mengeluarkan 35 notis dan mengadakan empat sesi libat urus, yang akhirnya mendorong Zetrix AI mengemukakan cadangan penyelesaian kepada Putrajaya.

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook turut mendedahkan bahawa syarikat itu yang dahulunya dikenali sebagai MyEG Services Bhd, telah menyerahkan cek bernilai RM231 juta, tetapi pihak bank kemudian memaklumkan bahawa ia menerima arahan daripada Zetrix supaya pembayaran itu tidak diproses.

Raymon mengkritik kelewatan selama lima bulan sebelum tindakan tegas diambil terhadap Zetrix, dengan berkata sekadar mengeluarkan notis berulang kali ketika tunggakan terus meningkat bukanlah mekanisme kawalan yang berkesan.

“35 notis peringatan tidak boleh dianggap sebagai mekanisme kawalan yang memadai apabila ratusan juta ringgit hasil kerajaan terlibat,” katanya.

Beliau menggesa Putrajaya melaksanakan audit forensik bebas bagi menetapkan kronologi kejadian dengan jelas, bermula daripada kegagalan pertama menyerahkan kutipan kepada kerajaan.

“Pihak yang bertanggungjawab juga perlu dikenal pasti sepanjang rantaian pembuat keputusan dan tidak seharusnya terhad kepada pegawai bawahan, sekiranya pegawai kanan mengetahui jumlah wang yang berisiko terus meningkat dan mempunyai kuasa untuk campur tangan.”

Bryan Cheah.

Pegawai penyelidikan kanan Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) Bryan Cheah pula mengingatkan supaya kakitangan kementerian tidak dipersalahkan secara terburu-buru, dengan mengambil kira notis yang dikeluarkan berulang kali serta cek yang gagal ditunaikan.

Bagaimanapun, Cheah berkata pihak berkuasa perlu menyiasat sama ada terdapat unsur rasuah di sebalik kegagalan menyerahkan wang kutipan itu kepada kerajaan.

“C4 menggesa kerajaan menilai semula dasar perolehan semasa bagi memastikan kontrak dan konsesi yang diberikan kepada pihak swasta mematuhi kod tatakelakuan yang ketat, termasuk protokol tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku ketidakpatuhan terhadap syarat kontrak.”

Beliau berkata matlamat utama pentadbiran awam yang baik ialah pengawasan bagi mencegah masalah daripada berlaku, sambil menegaskan bahawa tindakan menghukum hanya diambil selepas sesuatu kejadian berlaku.

“Secara asasnya, penalti ialah tindak balas terhadap keadaan apabila pelanggaran atau ketidakpatuhan terhadap syarat telah berlaku. Tadbir urus yang baik bertujuan memastikan perkara sedemikian tidak berlaku sejak awal lagi.”

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.