The Jerusalem PostTrump orders firing squad for gunman who killed 13 people at Fort Hood, TexasESPNUSMNT player ratings: Freeman's two-way play earns him 8/10 in win over CanadaInquirer28 of 119 pumps in 29 MMDA pumping stations not workingESPN DeportesEN VIVO: HR de Cronenworth regresa ventaja a PadresPunchConsolidated Hallmark, CHI Life Assurance seek deeper broker partnershipsDaily MaverickParamount wraps up mega Warner Bros merger to create Hollywood powerhouse Skydance한겨레[속보] 누리호, 목표 궤도 진입…위성 15기 분리도 성공SCMP ChinaClimate change and farming gave rise to ‘genetically distinct’ Beijing swan goose: studyBusiness AMBusiness AM Sudoku’s 07-10-2026النهارصباح "النهار": 7 أكتوبر والحرب الطويلة... وفي لبنان: احذروا العواقب!ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFSözcüYolcu vapuru yalıya çarptı
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, October 7, 2026

Cemburu disyaki punca penuntut wanita maut

Translate

Polis mengambil keterangan rakan serumah mangsa bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya di sebuah rumah di Jalan Air Putih, Kuantan, semalam.

Ketua Polis Kuantan, Ashari Abu Samah, berkata tiga individu dipanggil untuk membantu melengkapkan siasatan kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Mangsa dan suspek sudah kenal satu sama lain lebih kurang setahun, dengan kejadian dipercayai akibat cemburu, namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya menurut Bernama.

Semalam, polis dilaporkan menerima panggilan kecemasan daripada teman lelaki mangsa pada 4.32 pagi sebelum penuntut Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) berusia 19 tahun itu ditemui terbaring di katil dalam sebuah bilik sewa di tingkat bawah rumah berkenaan.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki 19 tahun di lokasi kejadian dan suspek direman hingga Isnin depan untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) serta Polisas dalam kenyataan berkata, mereka akan terus memberikan perhatian, sokongan serta bantuan sewajarnya kepada keluarga mangsa, selain kerjasama kepada pihak berkuasa bagi membantu proses siasatan.

JPPKK turut mengucapkan takziah kepada keluarga penuntut Program Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan Polisas itu.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.