The Jerusalem PostNetanyahu presses Trump for four-to-seven-day Iran strike campaign - reportInquirerIlocos Sur RTC acquits community doc, IP advocate of attempted murderSözcüKöfteci Yusuf’un işe alım şartları sosyal medyaya düştüThe Sydney Morning HeraldA gulag survivor’s view from Lviv: Why superpower summits won’t decide Ukraine’s fateNew Straits TimesMan shot dead after opening fire at police in IpohDaily MailTrump reveals 'indications Iran is looking at bioweapons' as he's quizzed over Cabinet members relocating amid growing fears of attack on US soilPunchIG urged to curb election-related violenceCNN بالعربيةالسعودية.. محمد بن سلمان يستقبل قائد القيادة المركزية الأمريكية بعد لقاء الأخير مع وزير الدفاع الأمير خالدEl ComercioUcrania golpea por tercera vez el puente de Crimea horas antes de la cumbre Putin-Trump-Xi en ChinaTRT HaberOsmaniye'yi sağanak vurdu: Rögarlar taştı, araçlar yolda kaldıLa NaciónEl golazo desde 60 metros que le hicieron a Agustín Rossi en Flamengo vs. ParanaenseInvesting.comSyntara Ltd تستعرض خط أدويتها والسيولة المالية في مؤتمر Bell Potter
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, November 19, 2026

Lelaki dipercayai penjenayah ditembak mati di Ipoh

Translate

Seorang lelaki dipercayai penjenayah maut dalam insiden berbalas tembakan dengan polis di Ipoh, Perak awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, M Kumar, berkata anggota polis sebelum itu menahan sebuah kenderaan di Jalan Persiaran Lembah Perpaduan ketika menjalankan rondaan cegah jenayah sebelum suspek keluar dan cuba melarikan diri.

Katanya, suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis, yang kemudiannya membalas tembakan untuk menyelamatkan diri sehingga tiada ancaman keselamatan.

“Suspek warga tempatan disahkan meninggal dunia pada 3.40 pagi. Sepucuk pistol ditemukan berhampiran suspek,” katanya dalam satu kenyataan.

Kumar berkata kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 3 Akta Senjata Api kerana melepaskan tembakan dengan niat menyebabkan kematian atau kecederaan kepada seseorang.

Beliau berkata siasatan masih dijalankan dan orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.

Tambahnya, satu sidang media akan diadakan di IPK Perak pada 3 petang ini bagi mendedahkan maklumat lanjut mengenai kejadian berkenaan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.