CNN TürkVideoyu durdurup ekrandaki kişiye soru sorabileceksinizBollywood HungamaSCOOP: The Royals Season 2 shoot hits a major roadblock in JaisalmerPunchMr Macaroni surprised me with ₦1m after our film — Peter FatomilolaThe Jerusalem PostEgyptian intelligence chief visited Israel days before Oct. 7 to issue security warning - report한겨레[속보] 첫 출전 4명, 한국 펜싱 여자 플뢰레 단체전 은메달 합작 …12년 만의 정상 탈환은 실패ColliderNetflix’s 9/10 ‘Bosch’ Replacement Officially Returns in 2027 for Final SeasonSky TG24Usa, una forte tempesta minaccia la costa orientaleBlickPolit-Zoff um Olympia 2038: Stoppt ein Volksentscheid das Wintermärchen?Observador Desporto"Mundo não deve estar dividido" entre religião e ciênciaIl Sole 24 OrePonte sullo Stretto, il direttore tecnico passa ad Anas come Chief operating officerSportstarIndia vs Iran LIVE score, Asian Games 2026 kabaddi finals: IND 17-20 IRI; Men's gold-medal match on; Indian women's team wins gold (IND 37-34 IRI)VanguardShettima tasks ECOWAS leadership on sub-region’s unity, integration
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, September 26, 2026

Anwar masih tunggu surat peletakan jawatan Loke

Translate

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau masih menunggu surat rasmi daripada Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berhubung keputusannya untuk meletakkan jawatan sebagai menteri pengangkutan.

“Tunggu surat (daripada Loke),” katanya ringkas ketika ditanya mengenai status Loke dalam Jemaah Menteri.

Anwar ditemui media selepas menghadiri Himpunan Mesra Alumni UiTM Bersama perdana menteri di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Pada 23 Sept, Loke menegaskan beliau kekal dengan keputusan untuk berundur dan akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Anwar sekembali ke tanah air daripada lawatan kerja di China.

Keputusan itu dibuat susulan mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP pada 19 Sept berhubung pengampunan bersyarat diberikan kepada bekas perdana menteri Najib Razak.

CEC memutuskan hanya Loke akan menawarkan diri meletakkan jawatan, manakala menteri dan timbalan menteri DAP lain kekal dalam kerajaan.

Anwar sebelum ini meminta Loke mempertimbangkan semula keputusannya dan berkata beliau tidak mahu terburu-buru membuat keputusan mengenai perkara itu.

Dalam perkembangan berasingan, Anwar enggan mengulas lanjut mengenai penggantungan Perikatan Nasional (PN) oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Sebaliknya, beliau menyerahkan kepada Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail untuk memberikan penjelasan berhubung perkara itu.

JPPM sebelum ini mengesahkan semua kegiatan PN digantung berkuat kuasa 23 Sept susulan aduan dikemukakan Bersatu.

Bagaimanapun, jabatan itu menjelaskan tindakan berkenaan bukan pembatalan pendaftaran PN dan gabungan itu diberi tempoh munasabah untuk menjawab notis dikeluarkan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.