PunchMy father’s political career inspired my senatorial ambition – OlunloyoESPN DeportesQué retos enfrentan Ant y los Wolves durante la temporada 2026-27The Jerusalem PostEisenkot leads Netanyahu as Winter, Hendel-Zelekha may not cross electoral threshold - pollESPNFacts vs. Feelings: Should you start Josh Jacobs and other lineup questionsInquirerPalace: Probe lapses in Atong Ang case한겨레‘마운자로 직접 판매 의혹’ 병·의원 20곳…보건복지부 현장조사 나서ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFCNN TürkALTIN NEDEN DÜŞÜYOR? Gram altın, çeyrek altın ne kadar? 22 Ekim Kapalıçarşı ons altın, cumhuriyet altın fiyatı: Altında sert düşüş!Sky TG24Festival della Scienza 2026 a Genova: date, programma ed eventi3DNewsСлухи: закрытие BioWare и отмена Mass Effect 5 не поставили крест на сериале Mass Effect от команды «Фоллаут»RTL BoulevardDocumentaire over nalatenschap Jade Kops in de maak경향신문[속보] 외교부, 북한군 지뢰 매설 대응 조치로 “유엔 안보리 의장에 서한 발송 예정”
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, October 22, 2026

Pengguna meningkat ketara, TuJu alami gangguan

Translate

Aplikasi navigasi tempatan, TuJu, mengalami gangguan teknikal susulan peningkatan ketara jumlah pengguna, kata Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Sambil memohon maaf atas kesulitan berkenaan, LLM berkata pihaknya bersama penyedia aplikasi, Prosignal Consortium Sdn Bhd (PCSB) sedang mengambil tindakan mengenal pasti punca gangguan, memulihkan kestabilan, dan menambah keupayaan menampung pertambahan pengguna.

“LLM turut memberi perhatian kepada maklum balas pengguna berhubung fungsi navigasi, ketepatan maklumat laluan, dan pengalaman penggunaan.

“Penambahbaikan akan terus dilaksana bagi memastikan TuJu dapat memberikan perkhidmatan lebih stabil, tepat dan mesra pengguna,” katanya dalam kenyataan.

TuJu diperkenalkan pada 26 Nov 2025 merupakan aplikasi navigasi lebuh raya dibangunkan oleh PCSB dengan kerjasama LLM.

Semalam, penjawat awam dilarang menggunakan aplikasi navigasi Waze bagi mengelakkan maklumat kerajaan dan data peribadi pengguna disalahgunakan Israel.

Keputusan dibuat Perdana Menteri Anwar Ibrahim bagi melindungi maklumat sensitif kerajaan dan data peribadi rakyat daripada ancaman keselamatan.

Anwar turut menyarankan rakyat beralih kepada TuJu, mengambil kira jaminan keselamatan dan perlindungan data peribadi ditawarkan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.