PunchUK commits £41m to restore 74 worship centres, heritage buildingsCNN TürkAdana'da sağanak; yollar göle döndüThe Jerusalem PostChicago man suspected of planning mass shooting against Hindus had white supremacist manifestoESPN DeportesBrewers gana a Dodgers y lo tiene a un triunfo de la barridaWirtualna PolskaPrzepychanka w TK? Święczkowski: Po prostu Berka nie przepuściłemGMA NewsPastor, huli sa pangmomolestiya umano sa 3 menor de edad na anak ng kaniyang mga miyembro sa Marikina7sur7“C’est un scandale de dire ça”: Luis Enrique taclé par Daniel Riolo après avoir défendu Manchester CityOnetTragedia w Pakistanie. Zawalił się dach szkoły, wiele ofiar śmiertelnychThe Times of IsraelWhere schnitzel, pickles and alfajores sit on the same tableESPNDodgers, on brink, know they need historic comeback for shot at three-peatkickerKindheitstraum mit 43 erfüllt: NBA-Hall-of-Famer wird PolizistThe Sydney Morning HeraldVictoria has ‘no choice’ but to confront growing debt problem
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, October 15, 2026

Tiba masa PAS ambil alih peranan ketua pembangkang, kata Puad

Translate

Seorang bekas pemimpin Umno mencadangkan PAS mengambil alih peranan ketua pembangkang daripada Hamzah Zainudin sambil menyifatkan prestasi presiden Wawasan itu kurang menyerlah ketika perbahasan Belanjawan 2027.

Bekas Ahli Parlimen Batu Pahat, Puad Zarkashi, berkata Hamzah gagal mengemukakan cadangan atau dasar baharu dalam perbahasan belanjawannya, sebaliknya hanya menyentuh mengenai “enjin pertumbuhan ekonomi berimpak besar”.

“Hamzah sendiri tidak mencadangkan apa enjin pertumbuhan ekonomi, jika PAS-Wawasan memerintah.

“Sampai masanya PAS ambil alih peranan ketua pembangkang dan tonjolkan ‘poster boy’ mereka sendiri,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau mendakwa PAS mengekalkan Hamzah sebagai ketua pembangkang ketika ini bagi memastikan sokongan Wawasan kekal “hingga PAS benar-benar jadi dominan berbanding Umno”.

Puad berkata, pihak pembangkang juga gagal membentangkan belanjawan alternatif berbanding Bersama pimpinan Rafizi Ramli yang mengemukakan “belanjawan bayangan” minggu lalu.

Bagaimanapun, bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu berkata, Rafizi terlepas peluang membentangkan belanjawan partinya di Parlimen memandangkan beliau dan pemimpin Bersama lain telah melepaskan jawatan Ahli Parlimen.

“Rafizi tidak bertanggungjawab. Dia meletak jawatan kerana pentingkan diri sendiri. Dia takut implikasi akta antilompat parti dan bon parti RM10 juta sebagai Ahli Parlimen PKR).”

Hamzah dilantik ketua pembangkang sejak Disember 2022, walaupun beliau berundur seketika antara April hingga Jun lalu selepas dipecat Bersatu.

Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga pengerusi Perikatan Nasional mengambil alih peranan itu seketika, sebelum Hamzah kembali sebagai ketua pembangkang Jun lalu.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.