Punch2027: Ex-Sokoto dep gov urges North to back TinubuThe Jerusalem PostLiberman calls for Netanyahu treason probe over alleged attempt to start war to delay electionsCNN TürkAsrın inşası ABD'nin gündeminde: "Üretim, saatte 23 konut hızına eşdeğer"InquirerITCZ to bring rain to parts of Mindanao until WednesdayESPNSuffocating defense, JSN lift Seahawks to victoryBollywood HungamaDaler Mehndi controversy ends as Uttarakhand Minister Subodh Uniyal apologises; Mika Singh’s team reactsהידעןליקוי ירח: למה הירח מאדים, מה הוא לימד את המדע ומתי הליקוי הבא בישראלWirtualna PolskaPrezydent Częstochowy odwołany. Jest stanowczy głos z KonfederacjiVanguardBrazil’s Lula clinches poll victory, Bolsonaro seeks to annul electionheise onlineAngriffe auf Arista VeloCloud und Collabora/Nextcloud beobachtetHet Laatste Nieuws“Anderlecht is één grote carrousel waardoor spelers geen houvast meer hebben”: Marc Degryse snapt op de duur niets meer van Vítor BrunoCNN بالعربيةصورة لقطرات من الحبر داخل طابعة تفوز بمسابقة تصوير مرموقة
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, October 26, 2026

Garis panduan seragam kawal selia penginapan jangka pendek sedang dirangka

Translate

Kerajaan berhasrat menetapkan hanya premis berdaftar dan melengkapi syarat pelesenan pihak berkuasa tempatan (PBT) dibenarkan beroperasi secara sah bagi aktiviti penginapan jangka pendek (STRA) di seluruh negara.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Aiman Athirah Sabu, berkata kementerian itu melalui PLANMalaysia dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac), kerajaan negeri serta PBT sedang merangka garis panduan perancangan STRA sebagai punca kuasa seragam.

“Di bawah kerangka ini, premis strata kekal tertakluk kepada ketetapan serta undang-undang kecil badan pengurusan bersama atau perbadanan pengurusan masing-masing berdasarkan Akta Pengurusan Strata 2013.

“Bagi memastikan pematuhan menyeluruh, kerajaan turut menggalakkan kerjasama strategik bersama syarikat platform digital untuk melaksanakan mekanisme pengesahan status lesen secara automatik sebelum sesebuah premis disenaraikan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab pertanyaan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) berhubung ketetapan mewajibkan platform penginapan jangka pendek mengesahkan status lesen, menurunkan premis tidak berlesen serta peranan mengawal selia operasi penginapan berkenaan.

Aiman Athiran berkata, penyedia platform digital perlu bertanggungjawab menurunkan senarai premis tidak berlesen atau melanggar syarat PBT serta undang-undang sedia ada, manakala agensi penguat kuasa pula mempunyai punca kuasa undang-undang untuk mengambil tindakan tegas terhadap pengendali degil.

“PBT dan agensi penguat kuasa berhak mengambil tindakan undang-undang di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 serta undang-undang kecil PBT terhadap pengendali degil, seterusnya memastikan paparan penginapan haram di portal penyedia perkhidmatan disekat.”

Mengenai status terkini penggubalan garis panduan itu, beliau berkata, dokumen terbabit kini di peringkat semakan akhir bersama Motac, sebelum diangkat untuk pertimbangan Jemaah Menteri.

“Dokumen ini akan dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) untuk memperoleh persetujuan bersama, sebelum diterima pakai pihak berkuasa negeri dan PBT di seluruh negara.”

Beliau memuji inisiatif kerajaan Pulau Pinang mengorak langkah dalam mengawal selia sektor itu menerusi pewartaan undang-undang kecil tempatan.

“Pulau Pinang telah melaksanakan Garis Panduan Pengoperasian Tempat Inap Persendirian di Skim Hartanah Berstrata mulai 1 April 2023 dan menguatkuasakan Undang-undang Kecil Tempat Inap Persendirian (Pihak Berkuasa Tempatan) mulai 1 Ogos 2026.”

Menyentuh cadangan penetapan had sewaan 180 malam, katanya, penilaian impak peraturan telah dilaksanakan dalam proses penyediaan kerangka awal kawal selia itu.

“Sebarang penetapan had perlu mengambil kira peluang premis menjana pendapatan dan pada masa sama keperluan industri pelancongan, di samping memastikan keselamatan dan ketenteraman awam serta kesejahteraan penduduk juga diberikan keutamaan.”

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.