ESPN DeportesLeón venció al Atlético de San Luis con doblete de CambindoESPN⭐ Taylor Swift, Tom Cruise share suite at ArrowheadCNN TürkFatih'te daha önce kurşunlanan iş yerinin fotoğraflarını çeken şüpheli tutuklandıPunchRansom economy: How kidnappers turn northern families’ pain into profitוואלהגבר כבן 70 נפצע קשה באשקלוןInquirerLOOK: DILG releases new mugshots of RomualdezUOLParte do Vale do Silício vê interesse comercial por trás de discurso de segurança e desaceleração da IAالشرقالمحكمة العليا ترفض خطة ترمب للحد من التصويت بالبريد في انتخابات التجديد النصفيNew Straits TimesCar crashes into elephant on Jalan Jerangau-Jabor, 3 people injuredThe Hollywood Reporter‘The Pitt’ Showrunner R. Scott Gemmill Delivers Rallying Cry for “What’s Real” After Emmy WinDaily MailEmmy Awards 2026 best dressed! Zendaya, Selena Gomez and Mariska Hargitay lead red carpet glamour at TV's biggest nightThe GuardianEmmy awards 2026 live: The Pitt wins best drama as Widow’s Bay cleans up comedy categories
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, September 15, 2026

Permohonan maaf saya ikhlas, Noorazli beritahu pemimpin DAP

Translate

Ketua Umno Sepang Noorazli Said mempersoalkan pemimpin DAP yang mendakwa permohonan maafnya kerana membuat ‘jenaka tak senonoh’ melibatkan golongan paderi Katolik sebagai tidak ikhlas.

Noorazli berkata apakah kedudukan pemimpin DAP tersebut menentukan apa yang ikhlas dan apa yang tidak ikhlas, serta hanya tuhan yang mengetahui apa yang tersirat dalam hati manusia.

Beliau juga sekali lagi menegaskan bahawa permohonan maafnya adalah ikhlas dan tidak berniat menghina penganut Kristian, paderi atau biarawati.

Katanya, beliau juga tiada masalah untuk ditegur dan mengakui rujukannya kepada Mazmur 129 dalam Bible adalah tidak tepat.

“Sekiranya apa yang saya sampaikan telah melukakan hati masyarakat Kristian, saya memohon maaf. Itulah pendirian saya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Noorazli kemudian memetik beberapa ayat Bible supaya berbuat baik, berbelas kasihan dan saling mengampuni, serta menggesa pengkritiknya supaya bersikap adil terhadapnya.

“Janganlah kita bercakap mengenai kasih dan toleransi pada satu ketika, kemudian apabila seseorang menghulurkan permohonan maaf, kita pula berlumba-lumba menjadi hakim kepada keikhlasan hatinya.

“Kalau setiap permohonan maaf mesti terlebih dahulu melepasi penilaian politik sebelum boleh diterima, sampai bila masyarakat kita mahu berdamai?

“Saya tidak meminta sesiapa melupakan apa yang berlaku. Saya memilih untuk mengambil pengajaran daripada perkara ini dan bergerak ke hadapan dengan rasa hormat kepada semua agama kerana agama saya mengajarkan kasih sayang, toleransi dan saling memaafkan.

“Dan saya berharap mereka yang mengkritik saya juga bersedia melakukan perkara yang sama,” katanya.

Noorazli dikecam berhubung ‘jenaka’ yang dibuatnya dalam ucapan pada Perhimpunan Agung Umno pada Sabtu yang berkisar tentang seorang paderi dan seorang biarawati.

Perkara itu menyebabkan satu laporan polis dibuat terhadapnya, selain Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh; Bendahari Umno Sabah Salleh Said Keruak dan Ahli Parlimen Tuaran Wilfred Madius Tangau menuntut beliau memohon maaf.

Semalam, pemimpin bahagian Umno itu berkata beliau ‘sedia memohon maaf’ jika beliau ‘menimbulkan salah faham atau menyinggung perasaan mana-mana pihak’.

Beberapa jam kemudian, beliau meminda hantaran Facebooknya untuk menyatakan bahawa beliau memohon maaf, berbanding mengatakan beliau ‘sedia memohon maaf’.

Adun Bilut daripada DAP Lee Chin Chen mengkritik kenyataan Noorazli, dengan berkata tawaran untuk memohon maaf jika seseorang menganggap jenaka itu menyinggung perasaan dan meminta maaf adalah dua perkara yang sama sekali berbeza.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.