The Jerusalem PostIran executes three men accused of working for Israel, US, taking part in anti-government protestsPunchVIDEO: NDLEA uncovers drugs hidden in imported furniture, women’s headgearInquirerIlocos Norte, Ilocos Sur among areas that have recovered from ASFCNN TürkTrump'ın en yakınındaki o isme dikkat! Savaş daha yeni mi başlıyor?Daily MaverickTHE LOWLY NEWSPAPERMAN: Democrats’ US midterm rout is a lesson for apathetic SA voters한겨레2026년 부산불꽃축제 120만명 관람…하루 개최 기준 역대 2위ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFAntara NewsIndonesia enters second year of rice import independence: MinisterCNN بالعربيةبعد رحلة 8 آلاف ميل.. شاهد الظهور الأول لدبّي باندا عملاقين في أتلانتاVanguardINEC to meet over Atiku’s 2027 ADC ticketSözcüBMW'nin kârı düştü: 8 bin çalışanı işten çıkarma planıTagesschauGuatemalas Korruptionsbekämpfer riskieren ihr Leben
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 8, 2026

Tindakan terhadap Bersatu lepas PRN Melaka, kata Samsuri

Translate

Sebarang tindakan atau prosiding tatatertib terhadap Bersatu berhubung dakwaan salah laku akan diputuskan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Perikatan Nasional (PN) selepas PRN Melaka selesai.

Pengerusi Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata pihaknya sudah menerima beberapa aduan daripada parti komponen berhubung isu disiplin membabitkan Bersatu, namun setiap dakwaan perlu disokong bukti kukuh sebelum sebarang keputusan dibuat.

Beliau berkata, bukti berkenaan boleh dikemukakan dalam bentuk rakaman video, audio atau dokumen bertulis bagi memastikan tindakan diambil berdasarkan fakta dan bukan sentimen.

“Kita menerima aduan daripada rakan komponen khususnya dengan pelbagai masalah disiplin yang dikira sebagai salah laku oleh parti berkenaan.

“Apabila ada aduan sedemikian, tentulah ia akan dibincangkan di peringkat MPT. Kita tunggulah selepas pilihan raya ini dan bagaimana langkah seterusnya akan dilakukan kerana itulah prosedurnya apabila ada aduan salah laku,” katanya pada sidang media selepas melawat Bilik Gerakan Utama PN DUN Kesidang.

Samsuri yang juga naib presiden PAS, berkata aduan berkenaan belum diterima sepenuhnya dan pihaknya akan meneliti setiap perkara sebelum dibawa untuk perbincangan rasmi dalam MPT PN.

“Kita mesti bergerak berdasarkan aduan dahulu, bukan atas sentimen lain. Aduan ini semestinya disertai bukti sama ada video, suara ataupun bertulis.”

Beliau turut mengesahkan aduan berkenaan berkaitan beberapa perkara yang berlaku sebelum dan sepanjang PRN Negeri Sembilan, namun enggan memperincikannya kerana belum dibincangkan secara rasmi dalam MPT PN.

“Aduan itu mengenai apa yang berlaku sebelum dan semasa PRN Negeri Sembilan. Jadi, saya tidak akan perincikan dahulu dan tidak mahu mendahului perbincangan dalam MPT PN,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, tindakan disiplin terhadap Bersatu dipersetujui dalam mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi PN dan akan dilaksanakan mengikut Fasal 15 perlembagaan gabungan itu.

Beliau berkata, notis berhubung pertuduhan terhadap Bersatu akan dikemukakan dalam tempoh terdekat, manakala parti itu akan diberi tempoh sewajarnya untuk mengemukakan penjelasan sebelum sebarang tindakan lanjut diputuskan.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.