PunchShipowners urge Dangote to support local fleetThe Jerusalem PostBoy George stands with Israel, so where are the rest of the world's artists? - editorialDaily MaverickMAVERICK MIND QUIZ: Put your knowledge to the test with the Maverick Mind quizESPN DeportesJose Fernandez abre paso a otros entrenadores latinos en la WNBAInquirerMetro Manila subway project marks first tunnel boring breakthroughESPNWhat we've seen from Alabama QB Keelon Russell through three gamesTRT HaberTürk dil birliğinin fikir adamı: İsmail GaspıralıSözcüAltın fiyatları altüst oldu: Dikkat çeken uyarı geldiCNN TürkMilyonlarca kişiyi ilgilendiriyor: Gayrimenkul alım satımında yeni kurallar geliyorRappler[Ask the Tax Whiz] Why is the BIR auditing your business?SportstarAsian Games 2026 Live Score, Day 6: India's Anant Jeet-Parinaaz pair qualifies for skeet mixed team final; Roshibina wins wushu silver; Satnam-Salman bag rowing bronzeRai NewsMissili russi su Kiev, 2 morti, colpito ospedale. Zelensky all'Onu: Putin paziente zero, va fermato
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, September 24, 2026

AGC rayu keputusan mahkamah lepas, bebas remaja bunuh rakan sekolah

Translate

Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang melepas dan membebaskan remaja lelaki berumur 15 tahun daripada pertuduhan membunuh seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, tahun lepas.

AGC dalam satu kenyataan berkata notis rayuan berkenaan difailkan di Mahkamah Rayuan pada Selasa.

“Setelah mempertimbangkan keputusan hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, jabatan ini memfailkan notis di Mahkamah Rayuan bagi merayu keputusan pelepasan dan pembebasan tersebut,” kata kenyataan itu.

Remaja itu sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh rakan sekolahnya di bilik tandas pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Bandar Utama antara 9.20 pagi hingga 9.35 pagi pada 14 Okt 2025.

Bagaimanapun, Hakim Adlin Abdul Majid pada 14 Sept lalu melepaskan dan membebaskan remaja itu daripada tuduhan tersebut selepas mendapati tertuduh tidak waras ketika kejadian itu berlaku.

Namun, mahkamah memerintahkan remaja lelaki itu ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak sehingga selama tempoh yang diperkenankan Sultan Selangor.

Susulan itu, ibu mangsa, Wong Lee Ping menggesa AGC merayu keputusan Mahkamah Tinggi tersebut sebelum tamat tempoh 14 hari.

Beliau berkata keputusan itu menimbulkan kebimbangan mengenai keadilan buat mangsa selain keselamatan pelajar di sekolah.

Wong juga meminta AGC mengambil kira kebimbangan itu dan mempertimbangkan untuk mencabar keputusan berkenaan supaya ia dapat dinilai semula oleh mahkamah lebih tinggi.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.

AGC rayu keputusan mahkamah lepas, bebas remaja bunuh rakan sekolah — KioskNews