The Jerusalem Post‘No daylight’: Vance denies rift with Trump over Iran war, vows no ‘forever war’한겨레석달 새 충남서 발달장애 아동학대로 2명 숨져…전수조사 추진Daily MaverickPGA Tour not planning return program for ex-LIV players, CEO saysRapplerCalifornia sues OpenAI over AI models’ cyberattacks on Hugging Face, other companiesZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFSouth China Morning PostSingapore seeks US talks on AI chip export rules amid Nvidia fallout, Megaspeed probeSözcüSON DAKİKA... SÖZCÜ'ye kayyum atandı! Polis binada arama yapıyor... Gözaltılar varESPN DeportesEN VIVO: Chargers con ventaja en BaltimoreBBC BusinessNvidia dismisses 'Bring Jensen Back' campaign as Trump backs effort to reinstate ex CEONew Straits TimesVeteran Etzebeth back for bruised South Africa against IrelandEl ComercioRobert Pattinson será el nuevo James Bond: ¿está en riesgo su regreso como Batman?سكاي نيوز عربيةتحقيق إسرائيل بعد "لعبة نتنياهو واتهامات آيزنكوت"
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, November 17, 2026

Gempa bumi magnitud 6.8 landa Laut Banda

Translate

Gempa bumi berukuran 6.8 magnitud melanda Laut Banda, Indonesia pada awal pagi Selasa, dengan gegaran dirasai di beberapa kawasan di timur negara itu termasuk Maluku dan Papua.

Pengarah Gempa Bumi dan Tsunami Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), Dr Wijayanto, berkata gempa bumi yang berlaku pada 4.11 pagi waktu tempatan itu tidak membawa ancaman tsunami berdasarkan keputusan pemodelan.

Beliau berkata pusat gempa terletak di laut, kira-kira 132 kilometer barat daya Maluku Tenggara pada kedalaman 97 kilometer.

“Setakat 4.25 pagi waktu Indonesia Barat, hasil pemantauan BMKG tidak menunjukkan sebarang aktiviti gempa susulan.

“BMKG akan terus memantau aktiviti gempa susulan dan menyalurkan maklumat terkini kepada pihak berkuasa berkaitan serta orang ramai,” kata beliau dalam satu kenyataan pada Selasa.

Wijayanto berkata gegaran turut dirasai penduduk di beberapa bandar termasuk Saumlaki, Tual, Sorong dan Manokwari, manakala gegaran lebih lemah dilaporkan di Nabire.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya kekal tenang, menjauhi bangunan yang retak atau rosak serta mendapatkan maklumat hanya melalui saluran rasmi BMKG.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.