Daily MaverickUkraine hits Russian refinery as Zelenskiy says ‘we’re done’ with Trump’s energy truceESPNWill Lutz drills walk-off field goal to defeat Seahawks in OTESPN DeportesPlan de Juego NFL: ¿Kenneth Walker supera a Mike Evans como la mejor contratación en agencia libre?The Jerusalem PostMajority of Israelis back Haredi draft law, October 7 inquiry, IDI survey findsInquirerGraft cases filed vs ex-Pampanga Rep. GonzalesZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioBillboardZach Bryan’s ‘Young Manhood And Other Donatable Organs’: Stream It NowSouth China Morning PostIs Philippines geared for El Nino? Critics say water-planning has run dry경향신문“파리(Paris)원칙 위배” 예고 없는 ‘세종행’ 통보에 인권위 부글부글VarietyCynthia Erivo’s ‘Bad Fairies’ Adds Kylie Minogue, Jonathan Groff and Catherine Tate to Voice CastLe DevoirSortir le chéquierDeadlineKylie Minogue, Jonathan Groff & Catherine Tate Join ‘Bad Fairies’ Cast With Cynthia Erivo
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, October 16, 2026

MRT Laluan Kajang terjejas akibat cubaan curi kabel

Translate

Perkhidmatan MRT Laluan Kajang terjejas pagi ini susulan cubaan mencuri kabel antara stesen Phileo Damansara dan Pusat Bandar Damansara.

Rapid KL berkata, susulan pencerobohan landasan dan cubaan mencuri kabel yang dikesan pada 5.30 pagi tadi, bekalan kuasa di kawasan terbabit diputuskan buat sementara mengikut prosedur operasi dan keselamatan.

Jelasnya, langkah itu bagi membolehkan pasukan polis bantuan menjalankan pemeriksaan dan operasi mengesan suspek dengan selamat, di samping memastikan keselamatan penumpang, petugas serta kawasan landasan dan kelancaran operasi perkhidmatan tren.

“Bekalan kuasa disambung semula pada 6.32 pagi selepas tindakan diperlukan dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan sambil menambah perkhidmatan tren alternatif dan bas perantara percuma telah ditamatkan.

Menurutnya, waktu menunggu tren mungkin lama sedikit sementara kekerapan perkhidmatan sedang diselaraskan.

Katanya, laporan polis sudah dibuat di IPD Brickfields dan Rapid KL akan terus bekerjasama dengan polis untuk membantu siasatan sderta mencegah kejadian sama berulang.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.