ESPN DeportesSantos madruga a Pumas con polémico penalESPNReese keeps Dream rolling in Game 3 to take series lead in WNBA FinalsInquirerIn Bohol, cloud seeding begins to save farmsDaily MaverickGovernment websites go dark after AI-discovered flaw sparks security scrambleThe Jerusalem PostAbdul El-Sayed Michigan US Senate campaign hires Jewish outreach director한겨레주말 기온 오르지만 남부지방 비… 태풍 ‘참피’ 주의ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFPremium TimesEbola: One imported case does not mean Nigeria is experiencing outbreak – WHO경향신문가을철 미시령 힐링가도 달리면 숙박비 2만 원 할인···22일~11월 30일ABC News (Australia)Breaking: Man shot by police in Sydney's south-westSözcüYapay zekâ İstanbul'un en iyi ilçesini seçtiCNN بالعربيةوزارة الدفاع اليمنية تحذر من المشاركة بـ"النكف القبلي" وغيرها من تجمعات بمناطق سيطرة الحوثي
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, October 22, 2026

Jangan persoal cadangan tubuh ‘PN baharu’, pemimpin Bersatu beritahu PAS

Translate

Seorang pemimpin Bersatu menggesa PAS supaya tidak mempersoalkan cadangan untuk menubuhkan Perikatan Nasional (PN) baharu selepas pendaftaran gabungan pembangkang itu dibatalkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Ketua Bersekutu Bersatu, R Sri Sanjeevan, berkata PAS sepatutnya mencerminkan diri serta memberi penjelasan mengapa PN dibatalkan pendaftarannya ketika di bawah pentadbiran parti itu.

“PN baharu belum lahir, dah risau siapa bapanya. PN lama sampai terbatal pendaftaran, siapa penjaganya?

“Sebelum sibuk mengulas sijil lahir orang, jelaskan dulu sijil kematian sendiri,” katanya kepada FMT.

Sanjeevan mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, yang mendakwa pihak yang mahu menubuhkan PN baharu mempunyai hubungan baik dengan JPPM kerana jabatan itu yang akan memutuskan sama ada lulus atau sebaliknya.

Beliau yang juga setiausaha agung PN berkata pihak yang mahu menubuhkan PN baharu itu boleh meneruskan hasrat mereka dan mengajak mana-mana parti baik dengan mereka untuk menyertainya.

Semalam, Pengasas bersama Bersatu, Redzuan Yusof berkata Gabungan longgar Ikatan Prihatin Rakyat (IPR) berpotensi dijanamakan semula sebagai PN baharu.

Redzuan berkata PN kekal sebagai jenama yang cukup kuat dan tidak menolak kemungkinan Bersatu mengambil inisiatif untuk membentuk semula gabungan itu dengan gagasan serta hala tuju berbeza, lapor Utusan Malaysia.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda Bersatu, Harris Idaham Rashid, berkata Bersatu tiada masalah untuk menghidupkan semula PN, tetapi gabungan baharu itu perlu dipimpin individu progresif yang menghormati parti komponennya.

Beliau berkata kepimpinan baharu PN tidak seharusnya bersikap ekstrem atau menjadikan gabungan itu sebagai alat untuk mencapai agenda tertentu.

“Sekiranya jenama itu ingin dihidupkan semula, jenama itu harus dipimpin oleh pemimpin yang progresif, tidak ekstrem, menghormati parti-parti komponen dan tidak boleh dijadikan alat untuk mencapai agenda-agenda jahat,” katanya.

Harris berkata tiada halangan untuk mana-mana pihak menggunakan semula nama PN selepas tempoh rayuan selesai dan pembatalan pendaftaran gabungan itu dimuktamadkan.

Katanya, PN sebelum ini dikenali sebagai gabungan progresif dan inklusif yang mengutamakan pentadbiran cekap serta bersih.

“Pemimpin PAS telah merosakkan imej PN dengan pentadbiran yang tidak cekap dan pelanggaran perlembagaan yang signifikan,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.