The Jerusalem PostJim Bakker, TV preacher felled by scandals, dies at 86CNN TürkÖZET | Fransa, Belçika karşısında son dakikalarda farka gittiPunchTrump approves firing squad execution of US Army base shooterESPN DeportesBraves saca triunfo de Los Ángeles y va a casa 1-1InquirerDay 34 of Duterte trial: Defense resumes AMLC records cross-examESPN'Phenomenal' Penix continues winning ways with resurgent FalconsDaily MaverickWELLNESS: Should you track your sleep? The pros, cons and realities of sleep trackersBollywood HungamaRam Gopal Varma reacts to Janhvi Kapoor ‘Chuttamalle’ song deepfake row: “The smart thing would have been to concentrate on catching the perpetrator”한겨레[단독] 철도 유휴부지 무단점유 변상금 615억원 미납…서울시 경의선숲길만 ‘476억원’ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioObservador DesportoExportações lusófonas para a China fixam novo recordeHet Laatste NieuwsKIJK. Gezicht van Netanyahu spreekt boekdelen wanneer toespraak tijdens herdenkingsdag wordt verstoord
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, October 6, 2026

Suhakam gesa garis panduan kes pelajar hilang selepas kematian remaja

Translate

Pesuruhjaya Kanak-kanak Suhakam menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) menyediakan garis panduan bagi kes murid hilang susulan kematian seorang pelajar Tingkatan 4 di Johor hujung minggu lalu.

Jelasnya, garis panduan itu perlu menetapkan parameter pencarian segera, menyelaras peranan dan menentukan tempoh memaklumkan ibu bapa serta pihak pentadbiran.

Mereka berkata, garis panduan itu juga perlu menjelaskan bila pihak polis perlu dilibatkan serta menggesa KPM melaksanakan penilaian risiko khusus bagi aktiviti selepas waktu persekolahan.

“Sekolah perlu menilai risiko keselamatan bagi aktiviti dijalankan di luar waktu persekolahan biasa. Penilaian ini perlu mengambil kira jumlah petugas yang mengawasi murid, pergerakan murid di kawasan sekolah serta lokasi terpencil atau kurang dipantau,” katanya dalam kenyataan.

Irene Sofiya Khairoul Faisal, 16, ditemui di dewan sekolah oleh neneknya yang pergi mencarinya kerana tidak pulang ke rumah selepas kelas tuisyen.

Polis yang sedang menyiasat kematiannya sebagai kes pembunuhan berkata, remaja itu meninggal dunia akibat trauma hentaman objek tumpul di bahagian kepala.

Susulan itu, tiga pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan bagi membantu siasatan, dengan seorang daripadanya direman sehingga 9 Okt ini.

Pesuruhjaya Kanak-kanak Suhakam menggesa KPM melaksanakan audit perlindungan melangkaui pemeriksaan keselamatan konvensional bagi menilai mekanisme pelaporan pergerakan murid dan mengenal pasti “titik buta” di kemudahan sekolah.

“Satu program pemahaman peringkat kebangsaan perlu dilaksanakan bagi memastikan murid memahami dasar perlindungan kanak-kanak di sekolah, hak mereka terhadap keselamatan dan perlindungan, cara mengenal pasti serta melaporkan kejadian buli, penderaan, gangguan dan isu perlindungan lain, serta mengetahui ke mana mereka boleh mendapatkan bantuan.”

Menurutnya, pihak sekolah juga perlu mengekalkan pemantauan jelas terhadap kehadiran murid semasa kelas tambahan, aktiviti kokurikulum, latihan sukan dan aktiviti selepas waktu persekolahan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.