The Jerusalem PostRubio dismisses Amnesty criticism over Iran war, calls organization ‘a fraud’ESPNFollow live: Bucky Irving's 72-yard run sets up Bucs TD coming out of halftimeESPN DeportesCheco Pérez: GP Singapur, última gran oportunidad para CadillacInquirerSolon hits Maynilad for poor service while they continue to earnInquirer EntertainmentWhy Sydney Sweeney’s Marilyn Monroe connection is a win for Hollywood glamour한겨레닷새째 연락 끊긴 60대 등산객…구조견 ‘단디’가 2시간30분만에 발견ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFCollider‘Bourne’ Meets ‘Jack Ryan’ in Jon Bernthal’s Gritty Spy Thriller Back on StreamingUOLJoão Bosco, com novo disco e show em São Paulo, ilumina aspecto coletivo de sua obraThe Japan TimesChina announces candidate for WHO chiefBBC News BrasilPor que Douglas Ruas deve se tornar governador do Rio dias depois do 1º turnoCBS NewsEl-Sayed and Rogers toss insults in Michigan Senate debate
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, October 9, 2026

Membezakan politik matang dan mentah

Translate

Dalam sukan, ada ungkapan bahawa 50 meter terakhir adalah saat yang membezakan mereka yang benar-benar berkemampuan dengan mereka yang masih belum cukup bersedia.

Ungkapan itu sesuai digunakan untuk melihat langkah Parti Bersama Malaysia (Bersama) yang mahu menguji kekuatannya pada PRN Melaka akan datang sebelum menentukan hala tuju menghadapi PRU16.

Sebenarnya, Bersama lebih baik tidak menyertai PRN Melaka, seperti keputusannya tidak bertanding di Negeri Sembilan selepas prestasi buruk pada PRN Johor mendorong parti itu menarik diri daripada pilihan raya yang berlangsung kira-kira tiga minggu kemudian.

Namun, Bersama mahu bertanding di 15 kerusi di Melaka, keputusan yang akan menyaksikannya berdepan bukan sahaja PKR, malah DAP dan Amanah.

Langkah itu tidak bijak.

Kekuatan utama Bersama terletak pada Rafizi Ramli, yang secara tidak langsung dilihat sebagai tokoh berpotensi mengambil alih obor gerakan reformasi daripada Anwar Ibrahim.

Sebahagian besar penyokong reformasi mungkin boleh menerima Rafizi sebagai penerus gerakan itu apabila tiba masanya Anwar tidak lagi mampu memainkan peranan utama.

Dengan usia Anwar kini 79 tahun, persoalan mengenai siapa yang akan meneruskan legasi kepimpinannya semakin sukar diketepikan.

PKR pula tidak mempunyai pengganti Anwar yang jelas. Nurul Izzah Anwar, yang sejak sekian lama dilihat belum benar-benar kukuh sebagai calon pengganti, tiba-tiba melepaskan jawatan timbalan presiden dan berundur daripada pentas utama politik.

Keadaan itu menyebabkan perhatian terhadap soal pengganti kepimpinan gerakan reformasi secara semula jadi beralih kepada Rafizi.

Namun, Rafizi dan Bersama tidak akan mendapat apa-apa keuntungan jika tindakan mereka menjauhkan penyokong reformasi yang masih berada dalam lingkungan Pakatan Harapan (PH).

Gabungan PKR, DAP dan Amanah dalam PH masih merupakan teras kepada gerakan reformasi.

Memang benar gerakan itu semakin kehilangan momentum sejak Bersatu meninggalkan PH pada Februari 2020, diikuti sekumpulan pemimpin PKR yang diketuai Azmin Ali.

Namun, teras gerakan itu masih boleh disatukan semula dan panji reformasi boleh kembali diangkat.

Rafizi antara tokoh paling sesuai memainkan peranan itu kerana ketajaman analisanya serta kebolehannya mempermudah isu rumit dan menerangkannya kepada orang ramai.

Bagaimanapun, Rafizi perlu berhati-hati supaya tidak terlalu yakin dengan kemampuan sendiri. Banyak perkara yang diketahuinya, tetapi itu tidak bermakna dia mengetahui segala-galanya.

Bersama sepatutnya memberi tumpuan kepada kerusi yang secara realistik mampu dimenanginya pada PRU16.

Sasarannya mungkin sekitar 10 daripada 31 kerusi Parlimen yang dimenangi PKR pada PRU15.

Ketika ini, antara empat hingga enam kerusi itu dikatakan dipegang wakil rakyat PKR yang cenderung kepada Rafizi, manakala empat hingga enam lagi diduduki Ahli Parlimen yang masih menunggu pembubaran Parlimen sebelum menyatakan sokongan kepada Bersama.

Cabaran terbesar Bersama adalah memastikan mereka mampu mempertahankan kerusi terbabit pada PRU16.

Jika Bersama berjaya melepasi cabaran itu, ia akan menjadi lonjakan besar buat Rafizi dan mengukuhkan kedudukannya sebagai tokoh yang mampu menghidupkan kembali semangat reformasi.

Apa yang perlu dielakkan Bersama ialah sikap terlalu ghairah mengejar lebih banyak kerusi sehingga menyebabkan undi yang sepatutnya memihak kepada PKR, DAP atau Amanah berpecah.

Keadaan itu hanya akan membuka ruang kepada Umno atau PAS untuk meraih keuntungan.

Kedua-dua parti itu bukanlah menolak sepenuhnya agenda reformasi, tetapi pada masa sama tidak boleh dianggap sebagai pendukung kuat agenda berkenaan.

Bersama perlu memastikan peningkatan pengaruh Umno atau PAS dalam politik negara tidak berlaku kerana kerugian parti-parti yang berada dalam kelompok lebih luas yang menyokong pembaharuan ekonomi dan institusi.

Keupayaan memahami realiti politik ini dengan matang akhirnya menjadi ukuran yang membezakan mereka yang benar-benar bersedia memimpin perjuangan reformasi dengan mereka yang masih belum cukup matang.

Terence Netto ialah wartawan veteran dan pembaca FMT.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.