Kerk berdepan saingan 4 penjuru pertahan Ayer Keroh penggal ketiga

Kerk Chee Yee daripada DAP berdepan saingan empat penjuru dalam usaha mempertahankan kerusi DUN Ayer Keroh untuk penggal ketiga.
Kerk, yang pertama kali dipilih pada 2018, dicabar Ketua Gerakan Melaka Michael Gan (Perikatan Nasional), Muhaimin Lau Abdullah (Bersama) dan Hamnaim Mohamad (Bersatu).
Ayer Keroh merupakan kubu kuat DAP yang dikuasai parti komponen Pakatan Harapan itu sejak 2008.
Pada 2018, Kerk memenangi kerusi itu dengan majoriti besar 9,261 undi. Setiausaha Publisiti DAP Melaka itu mengekalkan kerusi Ayer Keroh dengan selesa pada PRN 2021, meskipun majoritinya lebih kecil iaitu 5,624 undi.
Ayer Keroh merupakan kerusi campuran dengan pengundi Cina membentuk kumpulan terbesar iaitu 47.6%, diikuti Melayu (42.4%) dan India (8.3%).
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.