3 motosikal bergesel punca kematian pelumba muda di litar

Tiga motosikal bergesel sesama sendiri di litar ketika perlumbaan Malaysia Cub Prix berlangsung punca pelumba muda, Farres Putra Mohd Fadhil maut di Litar Permotoran Gong Badak, Kuala Nerus, semalam.
Ketua Polis Kuala Terengganu, Azli Mohd Noor, berkata mangsa yang parah segera dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan.
“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di hospital.
“Polis menerima maklumat kejadian itu dan anggota bertugas kemudian memaklumkan kepada ketua polis Balai Gong Badak berhubung kematian mangsa,” katanya menurut Berita Harian.
Beliau berkata, ketua polis Balai Gong Badak bersama seorang anggota ke lokasi kejadian kemudian bagi menjalankan pemeriksaan dan siasatan bagi mengenal pasti punca nahas.
Menurutnya, bedah siasat pula dijalankan di Jabatan Forensik HSNZ kira-kira 10 malam tadi.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.