Bollywood HungamaRanbir Kapoor leases Pune apartment for Rs 4.63 lakh monthly rent: ReportThe Jerusalem PostJewish Democrats launch ad blitz blasting Young Republicans for praising HitlerRTP DesportoRui Jorge lamenta forma como saiu dos sub-21 e critica atitude de ProençaPunchAnthropic proposes AI safety bill to US lawmakersInquirerNorthern Samar leads Eastern Visayas in economic growth at 4.6%ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFSouth China Morning PostAbby Choi’s partner tells murder trial she hid ex-in-laws’ financial reliance on her매일경제“내가 다 민망하네”…공연 중 정치인 소개에 마이크 뺏긴 여가수CNN BrasilPolíticos influenciadores mantêm conexão diária com suas bases, diz DolciDigital SpyThe Capture star among new cast announced for "gripping" Scotland-set drama from MobLand bossCumhuriyetAntik dünyanın 7 harikasından biri ayaklarınızın altında: Bodrum'un 3 bin yıllık tarihi...HipertextualLos 11 atajos de la tecla Windows que todo el mundo debería usar
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 17, 2026

Agrobank lancar program buru ikan asing di Tasik Ampang Hilir

Translate

Agrobank mempergiat program memburu ikan asing bertujuan memulihara spesies ikan tempatan di Tasik Ampang Hilir demi keseimbangan ekosistem air tawar.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, berkata kelestarian alam sekitar penting bagi memastikan kelangsungan sektor agromakanan negara.

“Kelestarian sektor agromakanan bukan hanya bergantung kepada pembiayaan dan pembangunan industri, tetapi juga kepada kesihatan alam sekitar yang menyokongnya.

“Inisiatif ini bertujuan menggalakkan warga kerja Agrobank memainkan peranan secara langsung dalam memelihara sumber semula jadi untuk generasi akan datang,” katanya pada Program Kelestarian Perikanan Darat: Mitigasi Memburu Ikan Asing di Taman Tasik Ampang Hilir.

Program itu melibatkan sekitar 250 peserta daripada tujuh agensi dan organisasi, termasuk 43 warga kerja bahagian pembangunan Agrobank.

Antara aktiviti utama ialah menangkap ikan asing menggunakan pukat, jala, pancing, dan bubu yang disediakan Jabatan Perikanan.

Sebagai sebahagian daripada usaha pemuliharaan, Agrobank turut melepaskan 1,400 benih ikan tempatan ke tasik berkenaan, terdiri 1,100 benih ikan baung dan 300 benih ikan lampam sungai.

Kepentingan usaha itu turut digambarkan menerusi rekod Jabatan Perikanan yang menunjukkan 146 daripada 154 ikan direkodkan di Tasik Ampang Hilir, atau 94.8%, merupakan spesies asing. Hanya lapan ikan direkodkan terdiri spesies tempatan, termasuk ketutu, haruan, puyu, dan kaloi.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu turut disertai Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Aquaria KLCC, TCE Tackles, dan Persatuan Pemancing Semalaysia.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Isham Ishak, mengalu-alukan sokongan Agrobank menerusi inisiatif CSR bagi menjayakan program tersebut.

Beliau berkata, penglibatan sektor korporat membuktikan usaha memelihara alam sekitar boleh diperkukuh melalui kerjasama antara kerajaan, sektor swasta dan masyarakat.

“Saya berharap kerjasama strategik seperti ini dapat diteruskan dan diperluas kepada lebih banyak inisiatif yang menyokong pengurusan sumber perikanan secara mampan serta pemuliharaan biodiversiti negara,” katanya.

Ketua Pegawai Pembangunan Agrobank, Ahmad Ariff Abu Bakar, berkata program itu antara lebih 30 aktiviti dijalankan Jabatan Perikanan bagi membantu memulihkan keseimbangan populasi ikan tempatan dan asing di tasik serta sungai negara.

Beliau berkata, usaha itu penting bagi meningkatkan kesedaran mengenai keperluan memulihara spesies ikan tempatan, terutama di Tasik Ampang Hilir yang mempunyai populasi ikan asing yang tinggi.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.