PunchJAMB will now handle all HND admissions in polytechnics — NBTECNN Türk13 EYLÜL YAYIN AKIŞI: Bugün televizyonda hangi diziler, filmler, programlar var?The Jerusalem PostIDF warns of rising West Bank tensions despite low terror levels, pushes for preventive operationsInquirerMaguindanao Sur officials turn over loose guns yielded by constituentsESPNTransfer rumors, news: Liverpool look at Inter's Stankovicוואלהדיווחים ברשתות האיראניות: כלי שיט נפגע מירי בסמוך לאי קשםSouth China Morning PostBangladesh draws closer to China in ‘political chessboard’ to balance India tiesCollider‘Landman’ Star Billy Bob Thornton’s Twisted Crime Thriller Is Officially Streaming for FreeCumhuriyetMeksika’da kartellerin yeni yöntemi: Gizli kripto para çiftlikleriRappler[Tech Thoughts] The Jurassic Parkification of AI chatbotsThe Hollywood Reporter‘Look Back’ Breakouts Furi Nanase and Rokka Okada on Growing Up on a Hirokazu Koreeda SetHipertextualLa nueva IA de IBM y la NASA es de código abierto y promete revolucionar la exploración lunar
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, September 13, 2026

Malaysia komited pulih aset 1MDB, ambil maklum tuntutan RM4.2 bilion terhadap DBS

Translate

Kerajaan menegaskan akan terus komited dalam usaha mendapatkan semula aset 1MDB menerusi langkah seperti kerjasama dan proses perundangan di beberapa negara, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

Usaha itu termasuk di negara seperti Amerika Syarikat, Switzerland, United Kingdom dan Singapura.

MoF dalam kenyataan berkata, kerajaan mengambil maklum tuntutan ganti rugi kira-kira RM4.2 bilion yang difailkan empat syarikat terhadap DBS Bank Ltd di Mahkamah Tinggi Singapura.

Empat syarikat itu yang dalam proses pembubaran di bawah pelikuidasi dilantik mahkamah, menuntut ganti rugi berhubung dana didakwa diseleweng daripada 1MDB dan SRC International Sdn Bhd.

Menurut Pasukan Petugas Pemulihan Aset 1MDB, tuntutan itu melibatkan lima akaun DBS yang dibuka pada 2013 oleh empat syarikat berkenaan.

Dokumen pembukaan akaun menamakan Tan Kim Loong, yang dikenali Eric Tan, sebagai pemilik benefisial tunggal syarikat terbabit dan penandatangan bagi kelima-lima akaun berkenaan.

Akaun itu didakwa digunakan untuk menyalurkan lebih USD1 bilion dana 1MDB dan SRC yang diseleweng antara 2013 dan 2014.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata usaha pemulihan ini bukan soal menuntut kembali wang hilang semata-mata.

“Amanah, keyakinan terhadap institusi serta martabat Malaysia di mata rakan antarabangsa turut tergadai dalam episod hitam negara ini,” katanya yang juga menteri kewangan dalam kenyataan sama.

Tegasnya, kerajaan berikhtiar memperteguhkan tatakelola dan kebertanggungjawaban institusi bagi memastikan pengkhianatan sebesar itu tidak berulang.

MoF memaklumkan berdasarkan angka terkini, keseluruhan obligasi 1MDB ditanggung kerajaan berjumlah RM51.4 bilion, merangkumi RM42.5 bilion yang dibayar kerajaan serta baki hutang RM8.9 bilion.

“Sebanyak RM31.3 bilion diterima sebagai hasil pemulihan aset, menjadikan baki kerugian yang bakal ditanggung kerajaan akibat skandal 1MDB mencecah RM20 bilion.”

Menurutnya, antara pemulihan terbaharu adalah penyelesaian dicapai kerajaan dengan JPMorganChase pada Ogos 2025 membabitkan sumbangan RM1.4 bilion dalam Akaun Amanah Pemulihan Aset Malaysia.

“Dana yang diperoleh semula melalui akaun itu digunakan untuk membayar hutang dan memenuhi tanggungan kewangan sedia ada berkaitan 1MDB dan SRC, sekali gus mengurangkan beban terhadap kewangan awam.”

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.