Helikopter meletup di Subang, 4 selamat

Empat individu berjaya menyelamatkan diri selepas sebuah helikopter meletup sebelum terbakar ketika hendak berlepas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, tengah hari tadi.
Menurut Bomba Selangor, kejadian berlaku ketika helikopter itu hendak berlepas bagi tujuan pengujian enjin selepas kerja pembaikan.
Bomba menerima panggilan kecemasan pada 12.30 tengah hari berhubung kejadian di Karbon MRO lapangan terbang terbabit.
Sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong bersama sebuah jentera tiba di lokasi empat minit kemudian.
“Helikopter itu terbakar sepenuhnya ketika pasukan bomba tiba.
“Empat mangsa berjaya menyelamatkan diri ketika kebakaran berlaku,” katanya dalam kenyataan.
Kerja pemadaman turut membabitkan pasukan bomba lapangan terbang.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.