CNN TürkÖZET | Arda Güler frikikten perdeyi açtı; Real Madrid son dakikada kazandıPunchMan Utd, Villa target last 16 as Carabao Cup draw holds Wednesday nightInquirerAmici curiae at hand, Senate impeachment court revisits vote thresholdDaily MaverickBOOK EXCERPT: The Ego Trip: The promise and peril of the modern psychedelic boomוואלהגבר כבן 25 נפצע באירוע אלימות באום אל פחם - מצבו קשהESPNLet's kick off NFL Week 2: Seven things Solak thinks -- including that Houston's offense could be decentThe Jerusalem PostThree dead after helicopter crash in Los Angeles, fire department says한겨레4연패 향해 순항 이민성호, 7일간 휴식기에 조직력 더 다져야SözcüElektrik faturasını yarı yarıya düşüren taktik: Bu yöntemle her ay 1.500 TL daha az ödeniyorKhaosod EnglishStray dogs turn parked cars into their personal bedsBBC BusinessPetrol and diesel price rises push UK inflation higherDaily MailNew Sussex security fears: Duchess's mobile number leaks among parents at school their children had just started
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, September 16, 2026

Tak perlu ‘new deal’, MA63 kekal mengikat, kata Armizan

Translate

Seorang pemimpin dari Sabah menegaskan Malaysia tidak memerlukan perjanjian baharu atau ‘new deal’ kerana komitmen dan tanggungjawab dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kekal relevan serta mengikat.

Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Armizan Mohd Ali berkata Artikel VIII MA63 menegaskan komitmen serta tanggungjawab semua pihak yang bersetuju memeterai perjanjian bagi membentuk Persekutuan Malaysia, 63 tahun lalu.

Menurutnya, artikel itu antara lain menetapkan Tanah Melayu (Semenanjung), Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak perlu mengambil tindakan perundangan, eksekutif atau tindakan lain yang diperlukan bagi melaksanakan jaminan, komitmen serta syor tertentu dalam Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC).

Beliau yang juga menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup menekankan terma itu penegasan kepada komitmen dan tanggungjawab semua pihak yang bersetuju memeterai perjanjian bagi membentuk Malaysia.

“Melangkah ke hadapan, negara ini tidak memerlukan perjanjian baharu ataupun apa yang disebutkan sebagai ‘new deal’ oleh sesetengah pihak.

“Ini kerana hakikatnya terma-terma perjanjian secara tersurat menzahirkan MA63 itu tidak akan ternoktah sebaik tergubalnya Perlembagaan Persekutuan.

“MA63 itu terus hidup dan komitmen serta tanggungjawab yang digariskan itu kekal relevan dan mengikat dulu, kini dan selamanya,” katanya dalam perutusan sempena Hari Malaysia.

Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar turut menyeru rakyat memahami nilai dan makna Hari Malaysia dengan lebih mendalam, termasuk menerima kedudukan MA63 dalam sejarah pembentukan negara.

Katanya, pemahaman sejarah negara tidak seharusnya hanya tertumpu kepada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, kontrak sosial antara tiga kaum utama dan kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957.

“Malah menuntut penerimaan sepenuhnya terhadap sijil lahir Persekutuan Malaysia itu sendiri, iaitu MA63,” ujarnya sambil mengingatkan 16 Sept tidak diangkat sebagai detik nasional selama lebih 40 tahun selepas pembentukan Malaysia, sebelum Hari Malaysia dimasukkan dalam takwim rasmi negara mulai 2010.

Beliau turut berharap sambutan “63/63” tahun ini bukan sekadar mengenai angka, sebaliknya meningkatkan kefahaman dan penerimaan rakyat terhadap setiap episod sejarah pembentukan Malaysia.

“Moga Malaysia lebih utuh dan maju, tanah air yang makmur dan selamat untuk sekalian rakyatnya,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.

Tak perlu ‘new deal’, MA63 kekal mengikat, kata Armizan — KioskNews