ESPNOur guide to every NFL Week 4 game: Matchup previews, predictions, picks and nuggetsThe Jerusalem PostLibra travel insurance coverage for affected flydubai passengers to be extended for freeESPN DeportesGurú de las Diagonales: Los Packers son lo que pensábamos que eranInquirerEx-BFP chief pleads not guilty in P4-M bribery caseZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioSözcüSon dakika... Ataşehir Belediye Başkan Vekili Murat Güneş gözaltına alındıSportstarAsian Games 2026, IND vs PAK: Saim Ayub gives a ‘rocking baby’ send-off to Vaibhav Sooryavanshi in cricket gold medal match매일경제美의원 “당장 문 닫아라”…스타벅스 中 신규 매장 논란 이유Het Laatste NieuwsGeen Lotte Kopecky, wel wereldkampioene Demi Vollering: wie pakt Europese titel bij vrouwen?RTL BoulevardAmerikanen willen fitte kandidaten parlementsverkiezingen VSLa NaciónFranco Colapinto en el Gran Premio de Bahréin en Malasia de Fórmula 1, en vivoWirtualna PolskaWielka eskalacja po wyborach w Rosji? Iwan Preobrażeński: Kreml szykuje coś gorszego
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 3, 2026

Meta akui kesilapan teknikal antara punca akaun WhatsApp pengguna sah digantung

Translate

Meta mengakui kesilapan teknikal pada sistemnya menyebabkan aktiviti pengguna WhatsApp yang sah disalah anggap sebagai pelanggaran peraturan sehingga akaun mereka digantung.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata kesilapan itu dikenal pasti dalam lebih separuh kes bagi kumpulan pertama yang dikemukakannya kepada Meta untuk semakan.

“Meta mengakui berlaku kesilapan teknikal pada sistemnya sehingga aktiviti pengguna yang sah disalah anggap sebagai pelanggaran peraturan,” katanya dalam kenyataan.

SKMM sebelum ini memaklumkan pihaknya sedang meneliti aduan isu penggodaman dan penyahaktifan akaun WhatsApp.

Suruhanjaya itu turut memohon penjelasan Meta.

Mengulas lanjut, SKMM berkata Meta turut memaklumkan masalah teknikal berkenaan telah ditangani pada penghujung September, manakala akaun sah yang terjejas dipulihkan secara proaktif.

Katanya, pemulihan itu turut membabitkan sebahagian akaun yang belum mengemukakan rayuan kepada WhatsApp.

“Meta turut mengesahkan tiada perubahan dibuat terhadap dasar penguatkuasaan atau terma perkhidmatan WhatsApp,” katanya.

Bagaimanapun, syarikat itu menjelaskan bukan semua penggantungan akaun berpunca daripada kesilapan teknikal.

Antara faktor lain ialah nombor telefon kitar semula yang pernah dikaitkan dengan akaun disekat, aktiviti spam atau penipuan serta corak penggunaan yang dikesan sistem keselamatan WhatsApp.

Bagi akaun perniagaan, SKMM berkata Meta memaklumkan penghantaran mesej tanpa persetujuan atau dalam jumlah yang tinggi, khususnya kepada penerima yang bukan dalam senarai kenalan, boleh dikesan sebagai aktiviti spam.

“Pengguna perniagaan disaran mendapatkan persetujuan penerima sebelum menghantar mesej secara pukal,” katanya.

SKMM berkata pihaknya meminta Meta menambah baik proses rayuan dan pemulihan akaun supaya pengguna menerima pengesahan, status semakan serta maklumat tindakan dengan lebih jelas dan pantas.

“Pengguna terjejas turut disaran menggunakan saluran rayuan dan sokongan rasmi WhatsApp bagi mendapatkan semula akses kepada akaun mereka.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.