The Jerusalem PostUK must expect AI-powered attack on critical infrastructure within two years, report saysInquirerWestern Visayas schools suspend classes due to 43°C heat index한겨레‘조작기소 특검법’ 4일 법사위 처리 전망…국힘 “공소취소 위한 발톱”ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFSouth China Morning PostChinese delivery driver divorces American teacher he married 4 months after love confessionColliderGodzilla Officially Returns to Theaters in One WeekThe ConversationDemocrats likely to gain control of Congress in US midterm elections as Senate lead expandsCBC NewsThe National | Trump’s final pitch to voters ahead of midterms경향신문경찰, ‘상위 1% 조건만남’ 미끼로 약 18억 뜯어낸 태국 피싱조직 24명 국제공조로 검거DeadlineJeremy Renner & Josh Brolin Set For Orlando von Einsiedel’s ‘A Speck In The Sea’; 193 Launching Sales At AFMMalay MailHome Ministry: Putrajaya open to RCI on ‘corporate mafia’ claims if solid grounds establishedNew Straits TimesOil rises after report of US strike on Iran's Qeshm Island
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, November 3, 2026

Cemburu punca 5 lelaki gaduh guna parang

Translate

Cemburu dipercayai punca lima lelaki bergaduh menggunakan parang di depan sebuah pangsapuri di Taman Cendana, Pasir Gudang, Ahad lalu.

Ketua Polis Seri Alam, Sohaimi Ishak, berkata seorang lelaki tempatan parah yang dikejarkan ke Hospital Pasir Gudang dalam kejadian kira-kira 12.18 tengah malam itu, dilaporkan dalam keadaan stabil.

Menurutnya, seorang lelaki tempatan dalam lingkungan 30 tahun ditahan kira-kira 4.34 pagi 1 Nov lalu susulan video 18 saat yang tular di Media sosial.

“Polis turut merampas sebilah parang yang dipercayai digunakan ketika kejadian bagi membantu siasatan,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, hasil semakan mendapati suspek mempunyai lapan rekod kesalahan lampau membabitkan jenayah dan dadah, dengan ujian saringan awal air kencing suspek didapati positif methamphetamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata atau benda berbahaya serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sohaimi berkata, suspek direman tujuh hari sehingga 7 Nov ini dan polis giat mengesan individu lain yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Pusat Kawalan Daerah Seri Alam di talian 07-3864222.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.