BN umum calon PRN Melaka Sabtu ini, serentak dengan PH

Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calon PRN Melaka pada Sabtu ini, iaitu pada hari yang sama Pakatan Harapan (PH) dijadual mengumumkan barisan calonnya.
Menurut poster yang dikongsi ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Ahmad Maslan di X pagi tadi, BN akan mengumumkan calonnya di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada 8.30 malam.
PH pula dijadual mengumumkan calonnya di kawasan parkir Stadium Hang Jebat, Melaka, dari 8 hingga 11 malam. Pengerusi PH Anwar Ibrahim dijangka menghadiri majlis itu.

Hari penamaan calon bagi PRN Melaka dijadualkan pada 31 Okt, manakala pengundian awal akan berlangsung pada 10 Nov dan hari mengundi pada 14 Nov.
Ketua BN Melaka Ab Rauf Yusoh sebelum ini dilaporkan berkata gabungan itu akan mengumumkan calonnya pada 28 Okt.
Pada PRN 2021, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi, manakala PH memperoleh lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) memenangi dua kerusi.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.