InquirerCourt awaiting Romualdez’s bail petitionESPNSalary caps, player unions, roster spots: What will the Protect College Sports Act do?ESPN DeportesDuelo de pitcheo entre los Dodgers y los Padres en el tercero de la serieThe Jerusalem PostNine-year-old dies after contracting brain-eating amoeba after swimming in KinneretDaily MaverickOpenAI to preview GPT-6 Cyber within days, Fortune reports한겨레트럼프 면전서 대만 독립 ‘반대’ 요구한 시진핑…“의전 화려, 성과는 빈약”CNN TürkİSTANBUL TOPLU TAŞIMA ÜCRETLERİ 2026: İstanbulkart metrobüs, metro, Marmaray akbil fiyatı ne kadar? Tam bilet, öğrenci kartı aylık abonman ücreti!Vanguard2027: Elections must be decided at polls, not courts — Onaiyekan, OsigweCNN بالعربيةوزراء خارجية دول اتفاقية مكة يعقدون اجتماعًا في نيويورك لبحث دعم السعوديةBlickStars glänzen am ZFF: «Wir träumen nicht, wir haben Sex»SportstarAsian Games 2026 kabaddi semifinals LIVE score: India vs Nepal in women's tournament; IND 21-15 NEPHabertürkÖlen kişinin ehliyeti katili yakalattı
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, September 25, 2026

Najib mohon gantung sabitan 1MDB, penjara dan denda RM11 bilion

Translate

Bekas perdana menteri Najib Razak memohon menggantung pelaksanaan sabitan dan hukuman penjara 15 tahun serta penggantungan denda RM11.387 bilion dalam kes 1MDB.

Peguam Shafee Abdullah memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi Ruwena Md Nordin mengenai permohonan itu ketika pengurusan kes, sambil menyatakan sijil perakuan segera sudah difailkan.

Beliau memohon penggantungan tersebut sementara menunggu rayuan Najib terhadap sabitan kes 1MDB di Mahkamah Rayuan, dan memohon tiada waran komital dikeluarkan terhadapnya apabila hukuman penjara 15 tahun itu bermula pada 2028.

Timbalan Pendakwa Raya Mustaffa P Kunyalam memberitahu mahkamah, pihak pendakwaan berhasrat menjawab permohonan berkenaan.

Ruwena kemudian menetapkan 14 Okt untuk pendengaran dan memerintahkan semua dokumen berkaitan difailkan sehari sebelum itu.

Tahun lalu, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.387 bilion terhadap Najib selepas mendapati beliau bersalah atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB RM2.28 bilion, yang dimasukkan dalam akaun AmBank miliknya, antara Februari 2011 dan Disember 2014.

Hukuman penjara 15 tahun itu dijadual bermula pada 2028 selepas Najib selesai menjalani hukuman penjara enam tahun bagi kes SRC International.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.

Najib mohon gantung sabitan 1MDB, penjara dan denda RM11 bilion — KioskNews