The Jerusalem PostTV TIME: Best intense thrillers while awaiting ‘Fauda’וואלהרוסיה דורשת הבהרות מארה"ב וטורקיה על העברת נשק אפשרית לאוקראינהRTP DesportoEuropeus de atletismo. Vitória Oliveira bate recorde na meia maratona em marchaESPN DeportesDiana Flores dedica el Mundial a Julio Ocaña, el coach que considera su mentorInquirer‘Parents responsible for protecting kids online, not just government’RTL BoulevardTurnster Veerman mist nipt brugmedaille bij EK, Visser laatsteMint‘Biggest scam ever in the world’: Nithin Kamath asks startup founders not to brag about AI; social media reactsMundo DeportivoCity 0-2 Barça: Vicky marca el segundoSportstarHockey World Cup: Skipper Harmanpreet hails India’s 3-1 win over Wales in openerRai NewsI servizi russi arrestano una donna: "Ha messo la bomba che ha ucciso un ufficiale a Sebastopoli"MyJoyOnlinePhotos: Police engage religious leaders at National Police HeadquartersBBC News BrasilTerremoto de magnitude 7,7 mata ao menos 47 pessoas na Indonésia
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, August 15, 2026

KDM tarik sokongan terhadap kerajaan GRS

Translate

Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) menarik sokongan terhadap kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Keputusan diumumkan Pemangku Presidennya Priscella Peter itu dibuat ketika parti berkenaan dikatakan sedang berbincang untuk kerjasama dengan Warisan serta Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) pada PRU16.

“Keputusan ini sememangnya berat tetapi penting untuk menunjukkan kepada rakyat dan akar umbi yang kita mempunyai hala tuju.

“Bukan apabila pilihan raya tiba baru hendak bertindak,” katanya menurut Sinar Harian.

KDM antara parti yang menyokong pentadbiran GRS di bawah Ketua Menteri Hajiji Noor selepas PRN Sabah tahun lalu.

Pilihan raya negeri itu menyaksikan parti berkenaan memenangi satu kerusi iaitu DUN Paginatan, menerusi calonnya Rusdin Riman.

Beliau dilantik sebagai pengerusi Perbadanan Pinjaman Sabah iaitu anak syarikat kerajaan negeri.

Presiden Warisan Shafie Apdal pada 9 Ogos lalu berkata partinya sedang berbincang STAR dan KDM mengenai kemungkinan membentuk pakatan bagi PRU16.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.