The Jerusalem PostNew Zealand's ruling coalition falls one seat short of majority in final election resultsInquirer‘Mr. Pure Energy’ brings hope, music to kids in NegrosPunchSaraki condemns alleged intimidation of Kwara traditional rulers한겨레‘직 건다’는 한동훈에…박지원 “나가면 국힘 의원들 박수”Daily MaverickFrance and Germany want deal by year-end to ‘Le Pen-proof’ next EU budget andSoompi4 Reasons To Watch BL J-Drama “School Trip: Joined A Group I’m Not Close To 2”Daily MailJennifer Lopez, 57, reveals her son Max, 18, is not a fan of her sexy stage outfits: 'Why don't you wear pants?'Khaosod English10,000 tonnes of hazardous waste found in RayongХабрПетров и Петрова — один человек? Ищу дубликаты клиентов по Левенштейну и наступаю на тёзокالنهارخام برنت يرتفع مع تصاعد التوترات في الشرق الأوسط وأوكرانياThe Indian ExpressHanuman Ansh chose me: Director Vishal Chaturvedi on the movie’s journey and success, and his next filmLa NaciónLa selección argentina no sintió las ausencias, barrió a Bahamas y quedó a un paso de volver a jugar el Mundial de básquet
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, November 27, 2026

You are reading Free Malaysia Today on KioskNews: newspapers from many countries on one stand, each linked to its original. What other papers report

2 pekerja cedera kilang meletup, terbakar di Kerteh

Translate

Dua pekerja kilang cedera dalam letupan dan kebakaran sebuah tempat simpanan sisa minyak industri di sebuah kilang pemprosesan serta kitar semula sisa berjadual di Taman Biopolimer, Kerteh, dekat sini, malam tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu, Shahrin Yusmar Mat Yusof, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.28 malam sebelum menggerakkan operasi pemadaman melibatkan empat balai bomba, iaitu Kerteh, Paka, Kijal dan Chukai.

Beliau berkata, warga tempatan Khairul Azuan Rashid, 40, cedera di kepala dan warga Bangladesh Md Abdul Alim, 38, melecur di beberapa bahagian badan.

“Mangsa cedera selepas berlaku letupan sebelum api merebak dan mencetuskan kebakaran pada tong dram yang disimpan berhampiran relau di tempat berkenaan.

“Ketika kejadian, 15 pekerja sedang bekerja di kilang kitar semula serta memulihkan sisa minyak industri dan pelarut untuk dijadikan produk guna semula,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, malam tadi.

Shahrin berkata, operasi melibatkan kekuatan 48 anggota, 13 jentera pelbagai jenis serta logistik sokongan bagi memadam kebakaran yang memusnahkan kira-kira 80% tempat simpanan sisa minyak berkeluasan 27m kali 21m.

Jelasnya, operasi pemadaman menggunakan sumber air daripada pili bomba serta tangki air dengan empat aliran hos sepanjang 400 kaki.

“Anggota bomba turut menggunakan pancutan air bercampur buih pemadam api bagi mengawal dan memadam kebakaran berkenaan.

“Kebakaran berjaya dikawal pada 10.57 malam dan operasi ditamatkan 5.14 pagi tadi, manakala dua mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Paka untuk menerima rawatan lanjut.”

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.