The Jerusalem PostIsrael disability survey finds nearly half can't cover monthly expenses, 21% skip medical careInquirer‘Mr. Pure Energy’ brings hope, music to kids in NegrosPunchSaraki condemns alleged intimidation of Kwara traditional rulersInquirer EntertainmentMichelle Yeoh bonds with ‘dear friends’ Heart Evangelista, Chiz Escudero, others한겨레12·3 계엄, ‘내란’ 57%·‘아니다’ 31%…2년 사이 내란 인식 줄어 [갤럽]Daily MaverickTrump says he asked Putin to ‘pull back’ military aggression throughout EuropeSouth China Morning PostChinese job applicant claims HR staffer cancelled interview after she refused to buy drinkAntara NewsJago Temple revitalization targeted to reach 85 pct by DecemberSoompiWatch: “My Sibling’s Romance 2” Reveals Sneak Peek Of Tonight’s PremiereGlobal NewsVet tranquilizer detected amid spike in Regina overdoses, Saskatchewan health officials warnSBS 뉴스민주당 정년연장특위, 10개월 만에 노사 협의…"올해 안에 정리해야"NHK 社会中央防災会議 防災基本計画に防災の「国家戦略」盛り込む
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, November 27, 2026

You are reading Free Malaysia Today on KioskNews: newspapers from many countries on one stand, each linked to its original. What other papers report

6 termasuk 3 pegawai tentera didakwa edar 96.2kg methamphetamine

Translate

Tiga pegawai tentera dan tiga orang awam didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar 96.2kg dadah jenis methamphetamine.

Tertuduh, Amir Ariffudin Aminullah, Arief Fauzan Mohd Ali, Amirul Faisal Rosdin, Tan Sui Seng, Nur Hanis Syafiqah Muhammed Amin dan Afifah Amdas didakwa bersama-sama mengedar dadah itu di ruang legar pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang pada 17 Nov.

Tertuduh hanya menyatakan faham terhadap pertuduhan yang dikemukakan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman penjara antara 30 hingga 40 tahun atau hukuman mati.

Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin menetapkan 23 Feb untuk pengurusan kes. Kesemua tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazali Omar dan Fairuz Johari hadir bagi pihak pendakwaan. Peguam Amin Abdullah, Arif Azmi, Johan Radzi, Raqib Osman, Alif Ahmad Tarmizi dan Arif Rafin mewakili empat lelaki berkenaan. Hanis dan Afifah tidak diwakili peguam.

Polis sebelum ini menahan 11 individu terdiri daripada lima pegawai tentera dan enam orang awam berhubung dakwaan penglibatan mereka dalam sindiket pengedaran dadah rentas sempadan.

Sindiket yang dipercayai aktif sejak Julai itu didakwa menggunakan aset tentera untuk menyeludup dadah dari Semenanjung Malaysia ke Sabah sebelum mengedarkannya ke pasaran antarabangsa, khususnya Filipina dan Indonesia.

Tujuh lagi individu yang tidak didakwa hari ini akan ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.