Anwar temu Rahul, Priyanka Gandhi di New Delhi

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Ketua Pembangkang Parlimen Indian Rahul Gandhi dalam satu majlis sarapan pagi di sini hari ini.
Rahul, yang merupakan pemimpin kanan parti Kongres Nasional India, menyifatkan perbincangan bersama Anwar sebagai ‘mesra dan bermakna’.
“Berpeluang mengadakan perbincangan yang mesra dan bermakna bersama Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim sewaktu sarapan pagi hari ini,” katanya dalam hantaran di media sosial.
Priyanka Gandhi Vadra, adik kepada Rahul yang juga Ahli Parlimen Kongres bagi kawasan Wayanad di Kerala, turut hadir dalam pertemuan berkenaan.
Rahul turut berkongsi gambar memaparkan Anwar duduk bersama dua pimpinan parti kongres, bersama pegawai dari kedua negara.
Tiada butiran dimaklumkan setakat ini mengenai perkara dibincangkan dalam pertemuan itu.
Rahul dan Priyanka merupakan antara pemimpin paling menonjol dalam parti kongres, yang juga parti pembangkang utama di India.
Sesi sarapan pagi tersebut diadakan sehari selepas Anwar mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri India Narendra Modi, sempena lawatan beliau ke New Delhi.
Anwar dan Modi membincangkan kerjasama yang lebih erat antara Malaysia dan India dalam pelbagai bidang termasuk semikonduktor, perdagangan dan pelaburan, serta usaha mempermudah kemasukan produk Malaysia ke pasaran India.
Anwar berada di India bagi menghadiri Sidang Kemuncak BRICS, di mana beliau turut mengadakan pertemuan bersama beberapa pemimpin dunia lain serta kumpulan perniagaan India.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.