Daily MaverickKrakow mass shooting assailant dies in hospital, Polish police sayThe Jerusalem PostIran defends two-day peace proposal as 'most reasonable,' slamming Rubio's remarks as unjustifiedInquirerPoa: Too early to discuss calling VP Duterte as witness in impeachmentPunchUK to stop schools from starting GCSE teaching in Year 7Inquirer EntertainmentCristy Fermin, Romel Chika face NBI over Barretto’s cyberlibel rapZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFGolem.deAnzeige: Kabelloses Gaming-Headset für unter 50 Euro bei AmazonMalay MailThree Singaporeans injured in Taiwan crash after car hits taxi head-onAnadolu AjansıABD'de Temsilciler Meclisi Azınlık Lideri Jeffries'ten, Hegseth'in görevden azledilmesine destekRTL BoulevardTopman Nvidia lag in bed met vermeende spion: 'Dit is een beetje James Bond'Screen RantThe Legend Of Zelda Officially Returns To The Wilds Era On December 4The South AfricanWhat you can and cannot bring into Kruger National Park
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, November 9, 2026

Rakyat Malaysia ditahan di Batam kerana merompak, cedera anggota polis

Translate

Seorang rakyat Malaysia ditahan di Batam, Indonesia, selepas merompak seorang wanita sebelum melarikan keretanya serta mencederakan anggota polis pada Jumaat lepas.

Lelaki berusia 41 tahun yang berasal dari Melaka itu dipercayai mengugut mangsa berusia 48 tahun menggunakan pistol airsoft dan sebilah pisau sebelum melarikan Toyota Rush bersama barangan berharga yang keseluruhannya dianggarkan bernilai 292 juta rupiah (RM73,000).

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Barelang Agung Tri Poerbowo berkata, suspek dipercayai bertindak merompak selepas kehabisan wang ketika bercuti di negara itu.

Menurutnya, suspek tiba di Indonesia pada 15 Sept lalu, namun tinggal lebih masa selama 10 hari selepas gagal mendapatkan wang mencukupi untuk pulang ke Malaysia.

“Suspek kemudian merancang merompak seseorang bagi mendapatkan wang untuk pulang ke tanah air dengan menyasarkan mangsa secara rawak,” katanya dipetik media Indonesia, lapor Berita Harian.

Kejadian dilaporkan bermula apabila suspek didakwa masuk ke tempat duduk penumpang kereta mangsa, yang baharu sahaja mengeluarkan wang tunai dari mesin ATM , dan memaksa wanita itu memandu ke arah Bukit Senyum.

Setibanya di kawasan luar sebuah taman perumahan, suspek mengeluarkan pistol airsoft dan pisau sebelum mengugut mangsa supaya memindahkan wang ke dalam akaun bank miliknya secara dalam talian.

Mangsa kemudian menjerit meminta pertolongan, menyebabkan suspek panik sebelum menolaknya keluar dari kenderaan dan melarikan diri bersama kereta serta barangan milik mangsa.

Seorang anggota polis trafik yang terdengar jeritan mangsa mengejar kenderaan curi itu sebelum berjaya memintasnya.

Agung berkata, suspek turut mengacukan pistol airsoft ke arah anggota polis itu dan merempuhnya sehingga menyebabkan anggota itu cedera.

Siasatan lanjut mendapati pistol airsoft berkenaan dibeli daripada seorang pengawal keselamatan sebuah pangsapuri pada harga satu juta rupiah.

Polis turut merampas kenderaan yang dicuri, wang tunai satu juta rupiah, sebuah beg, pistol airsoft bersama lima kartrij karbon dioksida serta sebilah pisau.

Suspek berdepan tuduhan mengikut Artikel 365 Kanun Keseksaan Indonesia atas kesalahan mencuri dengan kekerasan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sembilan tahun.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.