PunchNDLEA intercepts N3.4bn drugs, arrests fake cop, mechanicDaily MaverickSOCCER: Ahead of the game: How Safa chief Danny Jordaan keeps iron grip on powerInquirerPeñafrancia procession in Naga draws 1.2 million, ends peacefullyThe Jerusalem PostEl-Sayed visits Jewish Michiganders for Rosh Hashanah meal after accusations of antisemitismוואלהרצח ושיבוש הליכי משפט: כתב אישום נגד שני תושבי מזרח ירושליםCNN Türk‘Daha 17’ benim için aile demek’Antara NewsTNI Chief urges inter-agency collaboration to address Papua conflict경향신문‘팔레스타인 해방’ 논란에 입 연 에드 시런 “가자지구 상황은 재앙”Wirtualna PolskaWojna z NATO to wyrok dla Putina? Słowa Sikorskiego pod lupąInteriaRekordowa wygrana w Lotto. Bajońska suma trafi na konto zwycięzcySportstarAsian Games LIVE, September 20: India wins two silver in shooting; India reaches women's cricket final; India beats Singapore in table tennis — Latest scores and newsRai NewsFenix, a Roma la premier Meloni ai giovani di Fratelli d'Italia: "Immensamente fiera di voi"
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, September 20, 2026

KS Media lancar audio siar dihoskan bekas penyampai BFM Wong Shou Ning

Translate

KS Media mengumumkan pelancaran audio siar terbarunya, Common Sens, yang dikendalikan oleh bekas penyampai BFM Breakfast Grille Wong Shou Ning.

Audio siar itu akan mula bersiaran pada 22 Sept ini, menampilkan sesi temu bual bersama barisan pemimpin, pembuat dasar, usahawan serta tokoh industri mengenai isu-isu semasa yang memberi kesan kepada Malaysia dan rantau ini.

Menurut KS Media, rancangan itu akan membincangkan pelbagai topik merangkumi perniagaan, ekonomi, dasar, industri dan masyarakat, di samping memperincikan perkembangan utama, kepentingannya, pihak yang terkesan serta implikasi masa hadapan.

Menurut syarikat itu, Common Sens merupakan sebahagian pelan peluasan kandungan asalnya, bertujuan menyediakan platform perbincangan di luar ruang lingkup kitaran berita konvensional.

Dalam pada itu, KS Media turut mempelawa jenama dan syarikat yang berminat menjalinkan kerjasama agar menghubungi pasukan komersialnya menerusi [email protected].

KS Media merupakan platform media yang ditubuhkan susulan kejayaan audio siar Keluar Sekejap, yang dikendalikan bersama oleh Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan.

Syarikat itu kini mengendalikan portfolio lapan jenama dan program media yang merangkumi politik, hal ehwal semasa, temu bual, gaya hidup, teknologi, sejarah serta isu sosial.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.