CNN TürkABD ara seçime gidiyor: Trump'ı hezimet mi bekliyor?The Jerusalem PostIsraeli, US flags burned in Lyon as economic protests turn violent in European citiesSky TG24Pagine, la rassegna stampa di Sky TG24 del primo novembrePunchFans renew Funke Akindele-Toyin Abraham rivalry ahead of December releasesInquirerMarcos urges Filipinos to turn Undas spirit into acts of kindnessInquirer EntertainmentRonnie Liang now authorized to fly Philippine Army aircraftZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-Nachrichtenstudio매일경제출근길 15분, 주말엔 정주행 … 투자 지식도 '복리 효과' 있네20 Minuten«Wo ist Yannik?»: Heidis rührende Geste an der Halloween-PartySözcüİstanbul barajlarında doluluk yüzde 53,74: Pabuçdere yüzde 2,76’daHabertürkKasım ayında 9 oyun seyirciyle buluşuyorFotogramasMeryl Streep, sobre la pérdida de su primer novio: "Sobre todo para mí, que estoy atada a todo tipo de debilidades humanas, él era un tipo que le daba sentido a todo"
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 1, 2026

DAP mahu minit mesyuarat pengampunan bersyarat Najib didedah kepada umum

Translate

DAP telah menyampaikan permintaan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (FTPB) berhubung pengampunan bersyarat bekas perdana menteri Najib Razak didedahkan kepada umum.

Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook, berkata parti itu berharap minit mesyuarat berkenaan dinyahklasifikasikan, namun keputusan mengenainya bergantung kepada peguam negara.

“Kami telah menyampaikan permintaan kepada perdana menteri, tetapi terdapat prosedur untuk menyahklasifikasikan minit mesyuarat itu. Bila perkara itu akan dilakukan, bergantung kepada peguam negara,” katanya pada sidang media ketika ditanya sama ada DAP mahu minit mesyuarat itu didedahkan kepada umum.

Terdahulu, ketika berucap pada Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan, Loke memberitahu perwakilan bahawa beliau mengakui pengampunan bersyarat terhadap Najib menimbulkan banyak persoalan.

Beliau berkata DAP yakin Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, yang merupakan anggota lembaga itu, telah menyampaikan pendirian parti yang menolak tahanan rumah bagi individu yang terbabit dalam skandal rasuah besar.

“Seseorang yang terbabit dalam skandal rasuah besar tidak sepatutnya dibebaskan atau dibenarkan menjalani tahanan rumah,” tegasnya.

Najib dipenjarakan pada Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitannya atas kesalahan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC berjumlah RM42 juta.

Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Pada Januari 2024, Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, menggunakan kuasa pengampunan dengan mengurangkan separuh tempoh hukuman penjara Najib serta menurunkan jumlah dendanya kepada RM50 juta.

Pada September tahun ini, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, memberikan Najib pengampunan bersyarat tambahan yang membolehkannya menjalani baki hukuman melalui tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta pematuhan syarat-syarat lain yang ditetapkan.

Najib masih belum membayar denda itu meskipun Umno telah melancarkan usaha mengumpul dana orang ramai bagi membantu bekas presiden parti itu melunaskan jumlah berkenaan.

CSA dengan Bersatu

Loke berkata DAP menyokong perjanjian keyakinan dan perbekalan (CSA) kerajaan dengan enam Ahli Parlimen Bersatu, sambil menambah bahawa majlis presiden Pakatan Harapan (PH) turut bersetuju dengan perjanjian itu.

Beliau berkata perjanjian itu, yang secara rasmi digambarkan sebagai memorandum persefahaman (MoU), akan dibuka kepada semua Ahli Parlimen pembangkang bagi memastikan kestabilan politik tanpa menghendaki mereka menyertai kerajaan.

Beliau merujuk kepada MoU serupa yang dimeterai antara PH dengan Perdana Menteri ketika itu, Ismail Sabri Yaakob, pada 2021.

“Ini tidak bermakna kami menyokong Ismail ketika itu. Kami hanya mahu menghalang cubaan menjatuhkan kerajaan,” katanya ketika ditanya mengenai CSA itu.

Loke berkata perjanjian berkenaan bertujuan mengelakkan berulangnya kemelut politik yang berlaku pada 2020, namun beliau sekali lagi mengulangi gesaan DAP supaya peruntukan sama rata kepada Ahli Parlimen dijadikan dasar institusi.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.